27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan KGNS santuni ahli, hulur sumbangan

Haji Yazid diiringi oleh barisan kepimpinan KGNS menyampaikan sumbangan kepada Johnny.

KENINGAU: Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Ektnik Kujau, Gana Nabai Sabah ( KGNS ) menghulurkan sumbangan kewangan kepada salah seorang ahli Persatuan Johnny Gompodi dari Kampung Bunsit.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Presiden KGNS Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles kepada Johnny.

Yazid berkata, sumbangan tersebut adalah hasil derma daripada ahli-ahli yang diusahakan Biro Kebudayaan KGNS.

Katanya, dengan adanya sumbangan tersebut sekurang kurang dapat meringankan bebanan keluarganya semasa Johnny dalam rawatan di Hospital Besar Keningau.

Johnny adalah salah seorang ahli KGNS yang aktif dalam Kumpulan memalu gong.

Yazid mengucapkan terima kasih kepada Ketua Biro Kebudayaan Danny Jair atas inisitif mencadangkan dan berusaha mengutip sumbangan tersebut.

Beliau juga berterima kasih kepada ahli ahli Persatuan yang telah menghulurkan sumbangan kewangan tersebut.

Sumbangan kewangan ahli-ahli amat bermenafaat dan berfaedah sekali kepada keluarga Johnny.

Yazid juga mendoakan kepada Johnny agar dipermudahkan rawatannya dan cepat pulih dan sembuh.

Turut serta dalam rombongan itu, Pengerusi Cawangan KGNS Daerah Keningau Tony Munting.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN