AHMAD SAID
MENUMBOK: Mejoriti penguasaha bot penumpang Express Menumbok Labuan berharap agar kerajaan khususnya Jabatan Pelabuhan dan Dermaga membenarkan semula kapasiti jumlah penumpang bot Express dari Menumbok ke Labuan kepada yang asal iaitu 14 orang untuk bot kecil dan 40 orang untuk bot bersaiz besar.
Salah seorang penguasanya Ahmad Said (gambar) berkata penguasa bot bagi perjalanan dari Menumbok ke Labuan hanya dibenarkan membawa penumpang 7 orang untuk bot kecil dan 20 orang untuk bot besar berbeza kebenaran dari Labuan ke Menumbok dibenarkan membawa penumpang pada kapasiti yang asal.
” Lebih tiga bulan kami tidak beroperasi dan apabila kelonggaran diberikan semasa PKPP ini kami hanya dibenarkan membawa penumpang dari Menumbok ke Labuan hanya tujuh penumpang yang tidak berbaloi dengan kos operasi kami” katanya ketika di hubungi di sini .
Untuk rekod operasi bot Menumbok ke Labuan dipantau oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga sementara di Wilayah Persekutuan Labuan di pantau oleh Jabatan Laut.
Menurut Ahmad kapasiti penampung dari Menumbok dan Labuan perlu diseragamkan agar penguasa bot tidak mengalami kerugian kos operasi .
” Bayangkan jika dari Labuan kami balik ke Menumbok ketiadaan penumpang bukan sahaja tidak dapat menampung kos operasi tapi membawa kerugian kepada penguasa bot ” jelas Ahmad.
Ahmad berharap pihak yang berkenaan melihat perkara ini serta memberikan pertimbangan agar membolehkan penguasa bot membawa penumpang seperti yang ditetapkan
dalam peraturan sebelum ini.
“Kebergantungan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga lebih dari 150 orang penguasa serta pekerja adalah melalui pekerjaan ini, bayangkan lebih tiga bulan kami tidak beroperasi dan janji kerajaan negeri memberikan bantuan Covid-19 secara One Off sehingga kini belum kami terima amat sukar kami memulihkan ekonomi untuk menyara keluarga” Jelas Ahmad.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Bot Penambang Menumbok Mohamad Said ketika dihubungi berkata rayuan dari penguasa bot untuk mengembalikan kapasiti muatan penumpang dari Menumbok ke Labuan wajar diberikan pertimbangan oleh kerajaan disebabkan kebergantungan pendapatan penguasa bot untuk menyara keluarga mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada aktiviti ini.