27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Bagi Orang Pekak Sabah Cawangan Keningau, antara agensi yang telah dapat melahirkan tenaga kerja

Marutin menyampaikan sumbangan bagi pihak KJA kepada Puan Angie Ang disaksikan AJK KJA dan tenaga pengajar Pusat bagi Orang Pekak Cawangan Keningau.

Oleh : Francis Andin

KENINGAU: Persatuan Bagi Orang Pekak Sabah Cawangan Keningau, antara agensi yang telah dapat melahirkan tenaga kerja dari kalangan bekas pelajar pusat pendidikan tersebut apabila rata-rata bekas penuntutnnya telah berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang terutama di sektor Swasta dan berdikari sendiri dengan menceburkan diri dalam bidang pertanian, mekanik, perniagaan dan juga bidang kraftangan.

Menurut Salah seorang tenaga pengajar puan tersebut Puan Francisca Albert Jali berkata, sejak pusat itu mempunyai bangunan sendiri dalam tahun 2018, pihaknya telah menerima pelajar sebahagian besarnya kalangan kanak-kanak dan mengikuti kelas prasekolah dengan pembelajaran bahasa syarat asas yang membantu pelajar terbabit melanjutkan pelajaran disekolah menengah khas yang menawarkan kelas bagi golongan ini.

“ Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Keningau mempunyai pusat didikan bagi orang Pekak walaupun telah ditubuhkan sejak 1997 lagi , justeru dengan adanya prmosi melalui media massa , saya yakin pusat yang kini terletak kawasan rumah kerajaan jalan Kampung Keningau akan dapat membantu lebih ramai kalagann kanak-kanak terutamanya untuk mendapat didikan asas”katanya dalam satu program media bersama masyarakat oleh Ahli Persatuan Wartawan Keningau (KJA)dekat sini.

Pada masa sama Francisca, berharap agar lebih ramai pihak kerajaan atau swasta untuk tampil membantu dalam bentuk sumbangan peralatan mahupun kewangan bagi meringankan kos operasi pusat tersebut. Katanya pusat yang antara cawangan di sabah yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dan mengikut masa dan takwim sesi persekolahan pra sekolah dengan beberapa tenaga pengajar bertauliah.

Sementara itu, Penasihat Persatuan itu bagi cawangan Keningau Puan Angie Ang berkata sumbangan orang awam, pertubuhan juga pihak swasta dan kerajaan amat diharapkan bagi meastikan pusat ini dapat membantu lebih ramai lagi pekajar bermasalah pendegaran untuk mendapatkan pendidikan khas bagi orang pekak tersebut.

Turut Hadir Timbalan Pengerusi Pusat itu Puan Lily Wong dan Komiti Puan Vun Lee Chu.

Dalam Program itu, Persatuan Wartawan Keningau menyampaikan sumbangan wang Tunai berserta alatan pencegahan Covid19. Sumbangan disampaikan oleh Presiden KJA Marutin Ansiung.

Dalam pada itu, Marutin dalam ucapan ringkasnya berkata tujuan program lawatan dan kunjungan ke pusat itu adalah antara aktiviti tahunan persatuan setiap tahun sempena perayaan Hari Natal dengan memilih salah pusat kebajikan untuk dilawati khususnya disekitar Pedalaman Atas.

Turut Hadir Ahli Jawatankuasa KJA Sharon Caroline Ernest, Cik Edit Joseph dan Dulis Simon- Ends

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN