31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perpaduan Pemangkin Kepada kesejahteraan Rakyat- Simsudin

SIMBOLIK…Simsudin (tiga dari kiri) dan Azman(dua Dari kana) ketika melancarkan Karnival Kita MADANI peringkat Labuan, pada Sabtu.

LABUAN: Semangat Perpaduan di negara ini perlu diperkukukuhkan bagi memastikan kesejahteraan  rakyat dan kestabilan negara terus terjamin.

Demikian Kata Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek ketika berucap merasmikan Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di ruang legar Ujana Kewangan di sini, pada Sabtu.

Selain itu katanya, perpaduan juga merupakan benteng yang melindungi rakyat daripada perpecahan dan konflik serta pemangkin kepada keharmonian.

“Justeru itu  penganjuran Karnival Kita MADANI adalah landasan terbaik dalam memperkukuhkan Perpaduan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

“Walaupun kita berbeza dari segi latar belakang aliran politik, budaya dan kepercayaan, namun kita adalah dalam satu keluarga besar yang berkongsi satu negara untuk bersama sama  untuk membina sebuah  masyarakat yang progresif, inklusif dan harmoni”, katanya.

Program Karnival Kita MADANI di anjurkan oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan dengan kerjasama  beberapa agensi kerajaan dan pihak swasta serta  Pertubuhan Sukarelawan itu telah  menyaksikan pelbagai aktiviti berjaya diadakan melibatkan penyertaan masyarakat berbilang kaum.

Antara pengisian yang dijalankan sepanjang karnival itu termasuklah pertandingan mewarna pelajar sekolah, pemeriksaan Kesihatan, program derma darah, rurai daripada pelbagai agensi dan Jabatan Kerajaan serta penyerahan decoder MyTV Kepada komuniti terpilih.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN