30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perogram ‘Back To School 2024’, lebih 500 pelajar sekolah jayakan gunting rambut percuma

Ag Azuan semasa melakukan simbolik perasmian program itu.

NABAWAN: Seramai 501 orang anak-anak sekolah rendah dan menengah mendapat perkhidmatan gunting rambut percuma dalam program ‘Back To School 2024 anjuran Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Nabawan.

Ketua Pemudanya Ag Azuan Pg Hamzah berkata, program ini dilaksana dengan kerjasama dua kedai gunting rambut di daerah ini selama dua hari bermula 7 – 8 Mac dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Katanya, ia bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa di mana anak-anak mereka kembali ke sekolah pada Isnin ini.

“Sekurang-kurangnya kita dapat membantu ibu bapa yang kurang mampu dalam membiayai anak-anak apabila kembali ke sekolah, bayangkan kalau ada ibu bapa yang mempunyai tiga anak tanggungan ke sekolah sudah tentu mereka memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membeli keperluan sekolah yang lain, jadi kita bantu sikit-sikitlah dari segi gunting rambut” katanya selepas merasmikan progam itu pada Jumaat.

Menurut Azuan, program ini telah di laksanakan selama empat tahun berturut-turut selepas bebas dari pandemik Covid 19 yang lalu.

Jelasnya, Pergerakan Pemuda bahagian ini melaksanakan program seumpama ini setiap tahun sebelum kembali ke sekolah khas kepada pelajar-pelajar sekolah di daerah ini.

Ag Azuan sebelah kanan banner bersama beberapa AJK Pemuda bergambar kenangan dengan anak-anak sekolah yang menunggu giliran gunting rambut.

Menurut Azuan lagi, bagi tahun ini ada beberapa lagi program pemuda yang telah dirancang untuk khidmat masyarakat di daerah ini.

“Akan menyusul adalah program cuci kereta percuma bagi motosikal dan kereta sahaja” katanya.

Sementara itu beberapa ibu bapa yang ditemui menyambut baik program ini kerana kata mereka, ia dapat membantu meringankan ibu bapa terutama bagi mereka yang tidak pandai menggunting rambut anak.

Seorang bapa yang enggan namanya disebut berkata, kalau ada tiga orang anak bergunting di kedai gunting rambut memang ada kos sekurang-kurangnya RM30. Belum kira lagi peralatan sekolah yang lain.

“Dengan adanya program ini, ia dapat membantu terutama bagi ibu bapa yang mempunyai taanggungan yang ramai” katanya.

Beliau berharap program yang lebih menjurus kepada membantu pelajar dapat diteruskan dari masa ke semasa kerana ia memberi manfaat kepada anak-anak sekolah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN