32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Permuafakatan penduduk pemangkin kecerian kampung

Antara Tiga Pondok Rekreasi yang sedang dalam pembinaan di Kg.Kigiok Ranau.

RANAU: Pembinaan Tiga buah Pondok Rekreasi Angrek, Bersatu dan Cempaka  hasil usaha dan permuafakatan penduduk Kg.Kigiok, 8 kilometer dari pekan di sini kini, sedang berjalan lancar dan dijangka siap  Oktober depan.

Pengerusi JPKK Kg.Kigiok, Jasni Bin Litah memberitahu, sebahagian kos peralatan pembinaan pondok ala konkrit itu adalah sumbangan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri II Malaysia, yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan dibina secara bergotong-royong oleh penduduk yang di bahagikan kepada tiga kumpulan yang diketuai tiga orang berdasarkan nama pondok berkenaan.

“Pembinaan pondok ini akan dipertandingkan selepas siap sepenuhnya yang dijangka dirasmikan Datuk Jonathan pada Oktober 2022”, jelas Jasni.

Beliau mewakili lebih satu ribu penduduk Kg.Kigiok yang  kini mencecah 80 buah rumah, hidup aman damai, harmoni dan bersatu-padu meskipun mungkin berlainan agama dan fahaman politik.

“Perbezaan agama dan idologi politik tidak menghalang penduduk di sini untuk bergaul mesra dan untuk bekerjasama dalam apa juga urusan diperingkat kampung seperti bergotong-royong demi kemajuan, kebersihan dan keselamatan penduduk”, tegas Jasni sambil mengetengahkan satu kekangan dari segi kebersihan  iaitu bau busuk sebatang parit sejauh 450 meter berhampiran pondok-pondok rekreasi itu yang mencemarkan udara sekitar kerana parit tersebut belum disemen atau parit konkrit.

“Kita memohon kepada yang berkenaan supaya membantu memberi peruntukan kewangan secukupnya bagi membaiki sistem perparitan tersebut”, tambah Jasni sambil memberitahu kesediaan  penduduk boleh laksanakan pembaikan menyimen perbaritan itu secara bergotong royong kalau ada peralatan seperti dawai, besi, pasir dan  semen.

Jasni mengakui dengan terbinanya pondok-pondok rekreasi itu kelak, boleh mendatangkan sumber ekonomi kepada penduduk apabila semua pondok itu dijadikan lokasi menyediakan jualan kuih-muih, buah-buahan, kraftangan tempatan, makanan dan minuman ringan untuk dijual kepada para pelancong memandangkan pondok-pondok berkenaan adalah terletak berdekatan laluan ke beberapa lokasi pelancongan seperti Ranau Rabbit Farm dan Mount Kinabalu Sky Bike terletak  berhampiran.

Jasni juga mewakili penduduk berterima kasih kepada pemilik Ranau Rabbit Farm, Wong Ko Siong kerana turut menderma RM200  untuk pembinaan taman rekreasi dan inovasi keceriaan kampung.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN