33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Permuafakatan antara guru dan ibu bapa pemangkin kemajuan, kecemerlangan sekolah: Jonathan

Datuk Jonathan (tiga kiri) sempat merakam gambar bersama Staf pejabat Parlimen Ranau, guru-guru, PIBG serta pelajar SMK.Kemburongoh Ranau.

RANAU: Hubungan erat dan permuafakatan jitu antara guru dengan ibu bapa pemangkin kemajuan serta kecemerlangan sesebuah sekolah khususnya mempertingkatkan prestasi pembelajaran murid-murid.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, permuafakatan dan kerjasama dikalangan ibu bapa dengan guru-guru dalam menjayakan sesuatu program diperingkat sekolah adalah amat penting bagi membantu memajukan sekolah sekaligus meletakan pelajar ke tahap cemerlang dalam aspek  kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri.

“Dengan sebab itu Majlis Hari Keluarga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini merupakan landasan utama mencapai kemajuan dan kecemerlangan sekolah  sama ada dalam aspek pembangunan mahupun  kemajuan prestasi pembelajaran anak-anak”, jelas Jonathan ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga PIBG SMK.Kemburongoh di sini baru-baru ini.

Jonathan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Malaysia, seterusnya menyeru pelajar SMK Kemburongoh supaya berusaha gigi memanfaatkan kemudahan yang ada, khususnya pembelajaran yang dipancarkan guru-guru sekolah selain bimbingan daripada ibu bapa ketika berada di rumah.

“Saya juga menyeru kepada ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak-anak agar tidak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti penagihan najis dadah kerana ia boleh menghancurkan kehidupan masa depan anak-anak.

“Sebaliknya, ibu morebapa yang merupakan guru pertama anak-anak di rumah, hendaklah berperanan penting yang sama berganding bahu mengawasi anak masing-masing dengan mempastikan anak sentiasa mengulangkaji pelajaran ketika berada di rumah.

“Anak-anak lebih banyak masa bersama keluarga di rumah berbanding bersama guru-guru di sekolah”, tegas Jonathan sambil menyeru murid-murid supaya mempertingkatkan usaha mempelajari bidang Sains, Teknologi dan Matimatik (STEM) kerana bidang itu suatu keperluan negara pada masa akan datang.

Menurutnya, persaingan hebat golongan pelajar sekarang men
guasai bidang STEM dan mereka yang lemah salam bidang tersebut pasti ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Justeru peranan guru-guru dengan kerjasama ibu bapa adalah amat penting dan semakin mencabar untuk menangani persaingan dalam mendepani cabaran kehidupan global”, tambah Jonathan dan memuji kerjasama bersepadu antara PIBG sekolah itu kerana berjaya menganjurkan majlis yang mampu meningkatkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan mereka.

Menyentuh permohonan sekolah untuk membina tandas sekolah, Jonathan memaklumkan permohonan itu akan di bawa ke tahun hadapan (2024) untuk dipertimbangkan memandangkan peruntukan kewangan tahun ini sudah berakhir.

Turut berucap ialah, Pengetua SMK.Kemburongoh, Jepit Timbangan (mewakili guru-guru) dan Yang Dipertua PIBG, Hawili Lamin (mewakili ibu bapa).

Sementara hadir mengiringi Jonathan ialah, Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau bersama ibu bapa, guru-guru dan pelajar

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN