27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Permit belum lulus, “Perhimpunan Aman” ditunda: Japiril.

Oleh: Aduka Jasnin Suman

KUNDASANG: Tidak mendapat permit polis, “Perhimpunan Aman Kembalikan SMK Kundasang Ke Tapak Asal” yang dijadualkan 31 Disember ini ditunda.

Ketua Penganjur, Japiril Suhaimin (gambar) dalam satu kenyataan berkata, permit berkenaan tidak dapat diluluskan kerana lewat menghantar permohonan. Dan jika diteruskan maka perhimpunan dianggap haram.

“Penganjur akur dan menghormati nasihat pihak polis agar perhimpunan itu tidak diteruskan pada Selasa ini sebaliknya merujuk atau memohon semula permit untuk tarikh baharu mengadakan perhimpunan itu.

“Pada masa yang sama, kami juga menghormati maklum balas dari Pengarah Pendidikan Negeri Sabah , Dr.Mistrine Radin yang menjemput kami selaku PIBG untuk hadir ke  pejabatnya di Kota Kinabalu esok (30 Disember 2019) untuk berbincang isu berkaitan,” katanya.

-Japiril Suhaimin, YDP PIBG SMK Kundasang-

Menurut Japiril yang juga Yang Dipertua PIBG SMK Kundasang, selain Pengarah Pendidikan Sabah, turut memberi reaksi  ke atas tuntutan mereka ialah Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing.

“Majus menghubungi kami dan memberitahu bahawa  beliau dan beberpa pegawainya akan turun padang untuk melihat sendiri keadaan terkini bangunan bekas SMK Kundasang,” jelasnya.

Tambahnya, perhimpunan aman yang dijadualkan pada 11 Januari depan akan disasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar mempercepatkan pembinaan baharu  SMK Kundasang di Mosilou bernilai RM43 juta yang diluluskan pada 2014 dan sepatutnya siap pada 2016.

“Sementara itu, kami mahu kelas atau sesi pembelajaran Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Tiga (3) dikembaikan ke bangunan asal SMK Kundasang selewat-lewatnya Jun 2020,” tegas Japiril.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN