William Babah
RANAU: Permainan Latto-Latto yang kini popular dikalangan kanak-kanak mendapat reaksi pelbagai dari ibu bapa malah pihak berkuasa Sekolah Rendah dan Menengah.
Ada dikalangan pihak sekolah telahpun mengeluarkan arahan secara surat rasmi kepada semua ibu bapa bahawa pihak sekolah mengharamkan permainan Latto-Latto itu di kawsan sekolah bagi mengelakan daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti kecedaraan pada muka, hidung, gigi dan kepala anak-anak akibat bermain Latto-Latto.
Lebih malang lagi ada yang menggunakan dua biji latto-latto itu sebagai senjata untuk memcedera atau mengugut orang lain.
Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK.Pekan Ranau, William Babah Dunggi (gambar) ketika dihubungi, sangat bersetuju dengan tindakan sesetengah pentadbir sekolah melarang permainan Latto-Latto itu di peringkat sekolah kerana mengganggu pembelajaran dan boleh mencedarakan anak-anak.
“Kalau di rumah terpulang kepada ibu bapa yang bertanggujawab mengawasi anak-anak bermain latto-latto yang kini semakin diminati semua peringkat umur (kanak-kanak dan dewasa) malah ada yang menganjurkan pertandingan bermain latto-latto dengan tawaran hadiah berupa hamper dan wang tunai kepada pemenang”, jelas William.
Menurutnya para ibu bapa kena bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak ketika bermain Latto-Latto agar tidak mencederakan diri sendiri dan orang lain serta tidak mengganggu ketenteraman jiran sebelah disebabkan bunyi Latto-Latto tersebut.
Menurut William lagi setengah kaum di negara barat menggunakan Latto-Latto sebagai ‘Spiritual’ dengan tujuan tertentu.
“Jadi sebagai rakyat Malaysia tidak sepatutnya terpengaruh dengan budaya orang lain atau negara lain”, tambah William.
Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (Ranau), Tan Eng Sing juga ketika ditemui, turut bersetuju dengan tindakan pihak sekolah mengharamkan permainan latto-latto diperingkat sekolah dan menggesa para ibu bapa agar menyekat anak mereka daripada bermain latto-latto yang kurang membantu anak-anak untuk mentelaa pembelajaran mereka malah, lebih kepada melalaikan dan membuang masa anak-anak.
“Saya sangat setuju supaya semua pihak mengekang anak-anak daripada terlibat dengan permainan latto-latto yang merugikan masa dan membazir dari segi kos wang ringgit”, tegas Tan Eng Sing.