29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK JALIN HUBUNGAN KEMESRAAN: MUHASIP

KD Muhasip (tengah) dan PPM Rosdi ketika sesi bergambar bersama kedua-dua pasukan

RANAU: Sejak akhir-akhir ini perlawanan persahabatan bola sepak yang semakin aktif diadakan di daerah ini mampu menjalin dan mengeratkan lagi hubungan mesra di kalangan para pemain.

Menurut Ketua Daerah, OKK Muhasip Haji Ruman, sejak penularan Covid-19 dua tahun lalu kerajaan telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (SOP PKPP) untuk menangani penularan pandemik COVID-19. Banyak program bersemuka ditangguh.

“Kita bersyukur pada hari ini pergerakan kita kembali seperti biasa. Kita dapat melakukan semula aktiviti seharian secara bersemuka. Demikian juga aktiviti-aktiviti riadah seperti bermain bola sepak. Saya melihat daerah ini sering mangadakan perlawanan persahabatan bola sepak terutama di kalangan yang sudah berumur. Bagi saya ini satu perkembangan baik yang perlu diamalkan kerana di samping dapat mengeluarkan peluh untuk kesihatan ia juga salah satu cara mudah untuk kita mengeratkan hubungan mesra. Dalam usia sebegini kita bukan mahu menunjukkan kemahiran bermain bola tetapi lebih kepada ingin berjumpa dan berseronok dengan rakan-rakan,” jelas Muhasip.

Perlawanan persahabatan antara kakitangan Mahkamah Anak Negeri (MAN) dengan para Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Karanaan yang diadakan di padang pekan baru-baru ini menyaksikan kakitangan MAN berjaya mengalahkan JPKK DUN Karanaan dengan jaringan 2-0. Gol MAN dijaringkan oleh Ketua Kampung, Sami Salampon dan KAN, Andrew Jaibie melalui sepakan penalti.

Terdahulu, dalam satu majlis ringkas sebelum perlawanan dimulakan, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.37 Karanaan, Rosdi Abdul Ghani telah menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada Ketua Daerah, Muhasip Haji Ruman selaku wakil Mahkamah Anak Negeri Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN