30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perlantikan sebagai seorang Jemaah Menteri suatu amanah besar: James Ratib.

James menyampaikan ucapan di Masjid Al-Ratib Kg.Botition dalam majlis kesyukuran tersebut.

SUGUT: Perlantikan sebagai seorang Jemaah Menteri dalam Kerajaan Negeri Sabah merupakan suatu amanah besar dan perlu dilaksanakan dengan penuh ketakwaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib.

Katanya, jawatan yang disandangnya bukanlah untuk bermegah malah suatu ibadah besar bagi mempastikan kebajikan rakyat dapat dibela sepenuhnya.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan peranan penting dalam mengganggotai Jemaah Menteri Negeri Sabah. Dengan jawatan ini, saya mengharapkan agar terus diberikan kekuatan dan ketakwaan untuk berkhidmat sehabis baik khususnya dikawasan Dun Sugut”. Katanya.

Sebahagian yang hadir

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Perlantikan beliau selaku Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Bandar yang berlangsung di Masjid Al-Ratib Kg.Botition dekat sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, James turut menyatakan, gerak kerja berpasukan yang membabitkan pemimpin kawasan Dun Sugut dan beliau sendiri merupakan pemangkin kepada usaha membangunkan kawasan serta rakyat.

Justeru, beliau menyeru agar kesemua pemimpin khasnya daripada Unit Pemimpin Dan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Sugut terus aktif menyantuni rakyat dan mengemukakan permasalahan mereka agar dapat diselesaikan secara lebih efektif.

“Jika mengharapkan jawatan saya selaku Menteri sahaja, mungkin itu tidak berbaloi untuk menyelesaikan permasalahan rakyat. Namun para pemimpin masyarakat di kawasan ini perlu memainkan peranan sama penting agar kita sama-sama membangunkan kawasan ini dengan sempurna”. Tegasnya.

Datuk James Ratib, dinaikkan pangkat daripada pembantu menteri ke portfolio Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat yang sebelum ini disandang Datuk Ir. Shahelmey Yahya selepas rombakan kabinet kerajaan Sabah yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyaksikan perubahan dalam lapan daripada 11 portfolio menteri negeri pada 11 Januari lepas.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Jalil Atang, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Sugut, Abdul Kadil bin Doing, Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Sugut, Justinus Jalang, Pemaju Masyarakat Zon Binsulung, Arbain bin Muhamad Ali, Pemaju Mukim Zon Pamol dan Bacok bin Madong, Imam Masjid Al-Ratib.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN