26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perkukuhkan parti agar tidak hanyut dibadai ribut dan taufan: Masiung

Masiung (kanan) menerima cenderakenangan pada majlis itu

TONGOD: Jangkar parti harus diperkukuhkan supaya kapal perjuangan yang dilabuhkan tidak hanyut dibadai ribut dan taufan.

Demikian semarak perumpamaan, Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah, yang mahukan pemimpin akar umbi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang hala tuju parti menerusi konsep Sabah Maju Jaya (SMJ).

Wakil Rakyat Kuamut itu membuat gesaan ketika merasmikan mesyuarat berkelompok Gagasan Rakyat bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpang Entilibon, kelmarin.

” Jangkar Gagasan Rakyat harus dipertahankan, jangan diperlekehkan … kerana setiap langkah yang kita tunjangi akan diukur oleh segenap lapisan rakyat.

” Tidak kira pemimpin Pemuda, Wanita atau Beliawanis, mereka perlu menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat bawahan sambil memperbetulkan isu negetif yang ditaburkan oleh pembangkang, ” ujarnya.

Masiung berkata, parti-parti pembangkang di Sabah yang sebelum ini pernah berada dipuncak kuasa tidak akan pernah berpuas hati untuk meneburkan pelbagai dakyah negerif.

Beliau mahukan pemimpin peringkat bahagian supaya tidak berdiam diri sebaliknya menangkis tomahan dan fitnah jahat pemimpin pembangkang.

Menurut Masiung, pemimpin pemangkang yang kemarok mahu berkuasa sangup melakukan apa sahaja termasuk memfitnah parti dan kerajaan pada hari ini melalui platform media sosial.

” Mereka (pembangkang) sanggup mengupah penulis untuk menyebar dakyah buruk terhadap kita melalui laman sosil, ” jelasnya.

Di sinilah peranan penimpin bahagian untuk menjelaskan kepada rakyat dan membetulkan tomahan yang dilemperkan kepada parti dan kerajaan negeri.- Oleh: Yussof J. Imbang

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN