30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perkukuh sokongan untuk GRS: James

JAMES (kanan) disambut mesra para perwakilan setibanya di Dewan Bauto, Telupid, pada Sabtu


TELUPID: Adun Sugut merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib menyeru rakyat di sini agar memperkukuh sokongan mereka terhadap Kerasaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Ini, katanya, dapat dilakukan dengan menjadikan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) diperkuat di kawasan Telupid, terutama di kalangan ahli-ahli, mahupun penyokong parti tersebut.


“Kita menyeru kepada ahli-ahli Parti GRS di Telupid supaya terus memperkukuhkan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Hj Noor.


“Kita mahu melihat rakyat juga memberikan sokongan sepenuhnya kepada siapapun calon di Telupid akan datang yang penting calon tersebut datang dalam kalangan GRS-PH plus,” kata beliau.


James yang juga Pengerusi/Penyelaras PGRS ZON9, merangkap Ketua Bahagian PGRS Bahagian Sugut berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Mesyuarat Tahunan PGRS Bahagian Telupid di Dewan Kg. Bauto Telupid pad ahari Sabtu.


“Hari ini kita berada di Telupid bagi memenuhi jemputan merasmikan Mesyuarat Tahunan PGRS di sini. Saya difahamkan majlis perasmian ini diadakan serentak melibatkan Induk, Wanita, Pemuda dan Beliawanis.


“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada PGRS Bahagian Telupid, kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Tahunan parti pada tahun ini.


Para Perwakilan dan pemerhati yang hadir, sesungguhnya kehadiran anda semua ke Mesyuarat Tahunan ini, pastinya menyemarakan lagi semangat untuk memperkuat serta memperkukuhkan parti keramat ini, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN-17) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN