25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kini bermula: James

JAMES (kanan) semasa meninjau program pemeriksaan kesihatan percuma di Kinarut, baru-baru ini.


KOTA KINABALU: Bermula hari ini, rakyat Sabah di 10 daerah termiskin akan menikmati perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib.


“Kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat memulakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada rakyat hari ini.


“Untuk peringkat permulaan, Skim Bantuan Pemeriksaan Kesihatan untuk Rakyat ini akan dilaksanakan di 10 daerah termiskin di negeri ini dahulu dan kemudiannya akan dikembangkan ke seluruh Sabah,” katanya.


James berkata, skim ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 200 ribu rakyat Sabah khususnya golongan B40 serta golongan wanita yang memerlukan pemeriksaan cerviks.


“Sasaran utama ialah mereka yang tinggal jauh dari kampung dan susah mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.


“Syukur, dengan adanya program ini maka pemeriksaan lebih awal dapat dikesan dan ini boleh mengelakkan perkara-perkara serta penyakit berjangkit daripada merebak dengan lebih dasyat lagi,” katanya.


James yang juga Adun Sugut berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau perlaksanaan pemeriksaan kesihatan secara percuma itu di Kinarut.


Tambahnya, perkhidmatan kesihatan juga diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Program Saringan Kesihatan Perkeso 3.0.


Sementara itu, rata-rata orang awam yang ditemui bersyukur dengan skim tersebut kerana dapat mengetahui tahap kesihatan mereka.


“Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana Inisiatif ini amat memberangsangkan kepada semua rakyat Sabah dan sangat membantu semua rakyat Sabah terutama kepada golongan miskin.


“Melalui program ini, kita boleh mengetahui tahap kesihatan kita. Kebiasaannya, orang-orang kampung jarang mendapat pemeriksaan kesihatan. Jadi program sebegini memberi mereka pengetahuan.


“Pemeriksaan awal sangat memberi manfaat supaya kita dapat tahu sebarang penyakit di dalam badan sendiri,” kata beberapa anggota masyarakat yang ditemui.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN