SERAH… Ah Ling (lima dari kanan) bersama rakannya menyerahkan sumbangan keperluan harian kepada Atim (empat dari kiri).
LABUAN: Pertubuhan Kebajikan Islam Anak-Anak Sabah (PERKEBAS) Ranting Wilayah Persekutuan Labuan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada keluarga mangsa kebakaran rumah di Taman Perumahan Mutiara, Kampung Sungai Beduan, pagi kelmarin.
Turut membuat sumbangan yang sama ialah Kedai Gunting Thirty Legacy Saloon dan Kedai Runcit Moorthy.
Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi PERKEBAS Ranting Wilayah Persekutuan Labuan, Ayahanda Ah Ling @ Asyahrudin Thien Abdullah kepada ketua keluarga mangsa kebakaran Atim Ibrahim.
SUMBANGAN… wakil Kedai Runcit Moorty,. Kanaka Sabai Rengasamy (kiri) turut menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran
Ah Ling berkata, PERKEBAS Ranting Labuan menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan di atas musibah yang menimpa keluarga Atim.
“ Kami berharap dengan sedikit sumbangan ini akan dapat meringankan beban keluarga mangsa” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi pada 5 Julai lalu, Atim bersama 7 ahli keluarga yang lain terselamat apabila rumah mereka di tingkat dua, Taman Perumahan Mutiara, Kampung Sungai Bedaun terbakar.
Namun, kesemua keluarga Atim berjaya menyelamatkan diri sebelum jentera bomba dan penyelamat tiba membantu memadamkan kebakaran tersebut.
Atim mengucapkan terima kasih kepada PERKEBAS dan juga pihak-pihak lain yang datang menziarahi untuk menyampaikan pelbagai sumbangan seperti pakaian dan juga keperluan harian.
SUMBANGAN… wakil Kedai Runcit Moorty,. Kanaka Sabai Rengasamy (kiri) turut menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran