27.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PERKAMPUNGAN NALAPAK TERUS JADI LALUAN PELAWAT

Rachel Mcmee (bertongkat) dan Roshween Kaur Kiar (baju hijau)

RANAU:  Kampung Nalapak yang terletak kira-kira 19 kilometer dari pekan terus menjadi laluan para pelawat yang datang berkunjung di ladang Sabah Tea samada bertujuan untuk melancong atau pun membuat lawatan sambil belajar.

Kedudukan perkampungan ini dianggap agak strategik oleh para pelawat kerana berada di bawah kawasan Sabah Tea. Tambahan pula kemudahan jalan yang ada di tengah-tengah perkampungan ini selamat digunakan.

Menurut Rachel Mcmee seorang pensyarah di Kinabalu Internatioal School (K.I.S), beliau kagum dengan kemesraan penduduk kampung berkenaan kerana memberikan kerjasama yang baik dan tiada sebarang gangguan semasa melalui jalan perkampungan.

“Kami berasa selamat kerana sepanjang menuruni jalan tidak ada gangguan dari sesiapa kecuali anjing yang menyalak,” katanya.

Pada kali ini katanya, dia telah membawa pelajar Kinabalu Internatioal School seramai 8 orang yang ke semuanya terdiri daripada pelajar dari berbagai negara.

Laluan berjalan kaki sejauh lebih kurang 6 kilometer seperti yang telah ditetapkan ialah bermula dari Sabah Tea ke Kg. Nalapak, jalanraya utama Ranau-Sandakan, Kg. Luanti dan kembali ke Sabah Tea katanya.

Program lawatan sambil belajar itu yang menginap selama empat hari di Sabah Tea Longhouse menghendaki para pelajar membuat kajian dan pemerhatian menyeluruh tentang bentuk geografi setiap kawasan yang dilalui seperti alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan yang ditanam oleh manusia,  jalanraya, sungai dan kemudahan lain seperti sekolah, pusat kesihatan dan pusat membelih-belah.

Seorang pelajar yang turut ditemui penulis, Roshween Kaur Kiar berkata program tahun ini agak menarik untuk pelajar Kinabalu Internatioal School kerana selepas PKP dilonggarkan, kami diberi peluang membuat kajian di luar sekolah bagi merebut peluang untuk memenangi International Award Gold katanya.

‘kami jug amat bertuah pada hari ini kerana telah bertemu dengan penulis yang meminta sedikit maklumat tentang program kami dan mengambil gambar untuk disiarkan dalam akhbar online Borneo Daily Bulletin (BDB)’ katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN