31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

“PERJUANGAN SAYA TIDAK AKAN TERHENTI SELAGI KAWASAN DAN RAKYAT TIDAK MENIKMATI PEMBANGUNAN YANG SEWAJARNYA”-JAMES RATIB

BELURAN : ‘’Perjuangan saya tidak akan terhenti selagi kawasan dan rakyat tidak menikmati pembangunan yang sewajarnya”, demikian luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib yang mengekspresikan peranannya selaku Wakil Rakyat dikawasan tersebut.

Katanya, beliau menyedari terlalu banyak bentuk pembangunan khasnya yang membabitkan infrastruktur asas seperti pembaikan jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air yang masih membelenggu sebahagian besar kawasan Dun Sugut serta seluruh Parlimen Beluran dan memerlukan komitmen kuat seorang pemimpin untuk diselesaikan.

‘’Selaku wakil rakyat, saya tetap akan berkerja keras demi kemajuan rakyat dan kawasan saya. Kadang-kala saya berada dikawasan sehingga lewat senja dan ada kalanya sehingga lewat malam demi mempastikan seluruh kawasan telah saya lawati untuk mengenalpasti permasalahan rakyat”. Jelasnya dalam satu wawancara khas pada Ahad.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan I Negeri Sabah berkata, beliau akan menerapkan segala bentuk ilmu pertanian, perikanan dan perladangan kepada penduduk disekitar Dun Sugut dan Parlimen Beluran agar mereka mendapat manafaat melalui tanah-tanah yang diusahakan untuk pembangunan ekonomi diri dan keluarga.

Dalam usaha itu, beliau menyarankan pegawai-pegawai pertanian untuk kerap turun padang membuat beberapa program ceramah dan praktikal berhubung penanaman buah-buahan, perusahaan burung walit, kelapa sawit serta perikanan yang sudah tentu akan memberikan pulangan berguna kepada rakyat khasnya mereka yang berminat dalam sektor pertanian, perladangan dan perikanan.

“Saya yakin, melalui usaha Kementerian Pertanian Dan Perikanan Negeri Sabah ini, ia mampu memberi pelbagai ilmu bermanfaat kepada masyarakat. Namun dalam masa sama, masyarakat kena menanam iltizam untuk kuat berkerja dan fokus kepada cita-cita untuk merubah nasib diri dan keluarga”. Tegasnya.

Menyentuh mengenai pembangunan infratstruktur pula, James berkata, isu-isu pembaikan jalan raya, penambahbaikan sistem bekalan elektrik dan air telahpun dimajukan kepringkat atasan dan perkara itu akan terus didesak hari demi hari agar ia benar-benar terlaksana sepenuhnya.

Tegasnya, soal pembangunan infratsruktur adalah perjuangan utama selaku wakil rakyat dan beliau tidak berdiam diri untuk terus mempastikan semua peringkat dan agensi berkaitan melaksanakan fungsi mereka untuk menyelesaikan isu-isu yang membelenggu rakyat dikawasannya.

‘’Saya lantang menyuarakan isu pembangunan infrastruktur dikawasan saya. Ini tiada kompromi kerana itu adalah hak rakyat untuk mereka menikmati kehidupan lebih selesa. Justeru itula, saya akan turun naik kepringkat atasan sama ada diperingkat Negeri atau Persekutuan untuk membawa segala isu-isu yang dikemukakan rakyat agar ianya dapat diselesaikan secepat mungkin’’. Katanya lagi.

Dalam masa sama, James turut berharap kawasan Paitan dapat dipertimbangkan untuk di ikhtiraf sebagai Daerah Penuh untuk merancakkan lagi pembangunan dikawasan berkenaan. Katanya, dalam sambutan Pesta Taganggu baru-baru ini yang turut dihadiri oleh dua orang Menteri Penuh Persekutuan, mereka turut bersetuju agar Daerah Kecil Paitan dinaiktaraf sebagai Daerah Penuh untuk kelangsungan pembangunan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN