27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Perdebatan isu MA63 perlu keputusan realiti bukan retorik – Ah Choi

Kong Soon Choi @ Ah Choi

RANAU: Perdebatan mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 telah sekian lama berlalu dan perlu keputusan berbentuk realiti bukan retorik.

Kong Soon Choi, Timbalan Ketua Wiramuda Star Sabah menjelaskan perkara itu berkata, sudah terlalu lama desakan mengenai isu tersebut sering diperkatakan beberapa pemimpin utama negeri Sabah dan Sarawak. Namun hingga kini sebarang keputusan realistik masih menjadi persoalan.

“Saya percaya rakyat di Sabah dan Sarawak sudah mulai bosan membaca sebarang artikel mengenai isu tersebut. Apa yang dinantikan adalah apakah kesudahan kepada tuntutan itu yang benar-benar memberikan kepuasan hati semua pihak”, tegas Kong yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Perikatan Nasional Malaysia.

Jelasnya lagi, pelbagai pandangan yang diutarakan pemimpin dari Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai rentak tetapi maksudnya hanya satu iaitu ingin mendapatkan semula hak-hak sewajarnya bagi kedua-dua negeri dalam Persekutuan Malaysia seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Kita kena fikirkan tentang sensitiviti rakyat yang sekian lama menjadi pengadil melihat perdebatan isu ini. Saya boleh umpamakan seperti hidangan makanan di restoran, jika lauk pada nasi yang dihidangkan asik tertumpu pada satu jenis perasa sahaja, ia sudah tentu membosankan dan tidak lagi digemari pelanggan”, katanya pada Selasa.

Justeru, Kong berharap agar perkara itu dapat segera diperhalusi bagi mewujudkan sebuah negara bangsa yang berpaksikan kepada slogan ‘Keluarga Malaysia’ yang diketengahkan oleh kepimpinan baru negara ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN