23 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Percepatkan pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri Nabawan dan Pagalungan: Ghani

Ghani (tengah barisan belakang) bersama ketua jabatan bergambar kenangan dengan Ketua-Ketua Anak Negeri dan Wakil-Wakil Ketua Anak Negeri yang menerima watikah pelantikan.

NABAWAN: Kerajaan negeri diharapkan dapat mempercepatkan pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, sebelum ini permohonan pembinaan dua buah bangunan baharu MAN telah diajukan kepada pihak berwajib nanum belum ada tindakan susulan berikutan masalah tapak pembinaan.

Katanya, kini tapak pembinaan bangunan tersebut telah tersedia dengan keluasan dua ekar.

“Saya percaya ia akan diselesaikan dalam masa terdekat. Kita mengharapkan agar ia dapat dilaksanakan selewat-lewatnya awal tahun depan” katanya kepada media selepas merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan Ketua Anak Negeri, Wakil Wetua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina kawasan ADNN.46 Nabawan di Dewan Serbaguna di sini pada Isnin.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, MAN di sini perlu bangunan sendiri supaya perkhidmatan kepada masyarakat yang berkaitan adat istiadat dengan lebih berkesan.

Dalam perkembangan lain, Ghani berharap agar tiada lagi sebarang aktiviti pembalakan dibenarkan beroperasi bagi memastikan kelestarian hutan dan alam sekitar di daerah ini terjaga.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar ketua-ketua adat dapat menggalas tanggungjawab sebaik mungkin dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pelbagai aspek seperti kesejahteraan dan pembangunan sosial serta ekonomi di daerah ini seiring dengan agenda pembangunan negeri dan negara.

Pada masa sama Ghani turut menyarankan agar apa-apa perbezaan yang boleh membelakangi tujuan murni dalam menggalas tanggungjawab mestilah elakkan.

“Utamakan kesaksamaan dalam mensejahterakan masyarakat dan elakkanlah perbezaan khsusunya perbezaan parti politik dan sebagainya yang menjadi penghalang untuk berkhidmat dengan adil dan saksama” katanya.

Pada majlis ini, Pusat Khidmat Rakyat ADUN Nabawan turut menyumbang kewangan sejumlah RM14,500.00 dan dua buah kanopi kepada Majlis Gereja- Gereja Daerah Nabawan bagi persiapan sambutan hari natal pada 20 Disember akan datang.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Hasinin Kinsim, Pemimpin Pembangunan Masuarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai, Ketua Daerah Nabawan Ulin Datuk Pamiang dan Ketua Daerah Kecil Pagalungan Philip Antugi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN