27 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 17, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perbadanan Labuan serah 366 Kit makanan

KIT MAKANAN…. Supt. Ahmad bersama Dr Fary menyerahkan Kit Makanan dan Jalur Gemilang kepada pemandu e-hailing di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, pagi ini.

LABUAN: Perbadanan Labuan menyerahkan sebanyak 366 kit makanan  untuk di agihkan  kepada golongan yang  terkesan dengan pandemik COVID 19 dan juga golongan kurang berkemampuan di pulau bebas cukai ini.

Majlis penyerahan bantuan kit makanan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman yang diadakan sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang  Sambutan Bulan Kebangsaan 2021  di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, pagi ini.

Antara yang menerima kit makanan itu ialah 135 pemandu  e-hailing (Grab) sepenuh masa secara pandu lalu, 31 pemandu teksi air dan 200 kit makanan lagi diserahkan kepada Jabatan Penerangan Labuan melalui Program  Info On Wheel (IOW) @ Merdeka 2021.

AGIH…. Dr Fary mengagihkan Kit Makanan kepada pemandu teksi air sambil diperhatikan Supt. Ahmad  dan Supian.

Dr Fary yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Jalur Gemilang Sambutan Bulan kebangsaan 2021 peringkat Wilayah Persekutuan turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada pemandu teksi air dan pemandu e-hailing (Grab) sebagai tanda untuk sama-sama  mengelorakan  semangat  kesatuan  dan kecintaan  kepada negara. 

“Bersempena Hari kebangsaan dan Hari Malaysia 2021, Jabatan Penerangan melalui program IOW akan terus  menjelajah ke pelusuk kampung untuk sama sama mengajak masyarakat  mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing di mana sahaja bagi mengelorakan lagi kebanggaan kita kepada identiti Negara dan simbol kesatuan rakyat Malaysia” katanya.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad dan Ahli Lembaga Pengarah LDA Holding, Datuk Peter Mak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN