SIDANG AKHBAR…. Dr. Fary ketika mengadakan sidang akhbar di Wisma Perbadanan Labuan, padfa Ahad
LABUAN: Perbadanan Labuan menyambut baik pengumuman kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi dan perniagaan di buka semula.
Pengerusi Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, pengumuman kerajaan itu sekaligus membolehkan negara membina semula ekonomi untuk menarik pelabur untuk melabur yang berdaya saing ke negara ini.
Selain itu katanya, ia juga memberi peluang kepada rakyat di negara ini untuk meneruskan pekerjaan apabila sektor perkilangan di buka semula.
Bagiamanpun katanya, Perbadanan Labuan telah menetapkan beberapa Prosedur Operasi Standart (SOP) yang perlu dipatuhi syarikat dan premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB di laksanakan.
Dr Fary yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan berkata antara SOP yang telah ditatapkan itu ialah semua premis perniagaan dimestikan beropersi dari jam 8 pagi sehingga 10 malam, kawalan had masuk serta mengambil dan merekod suhu badan, penjarakan sosial dan menggalakkan penggunaan kad kredit.
“Perkhidmatan pusat hiburan dan rekreasi sosial, pusat kesihatan dan kecantikan, kedai gunting rambut, pusat urut dan rawatan tradisional serta penjajaan tanpa premis seperti pasar malam, karnival jualan dan tamu Labuan Walk masih lagi tidak dibenarkan beroperasi” katanyapada sidang akhbar di Wisma Perbadanan Labuan pada Ahad.
Pada masa yang sama beliau menyeru masyarakat Labuan menitikberatkan SOP pembukaan semula ekonomi mengikut norma baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan seharian.
Kaedah pendekatan ini katanya adalah penting dalam memastikan pembukaan semula ekonomi negara dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan.
“Setiap individu berperanan untuk menjaga diri dan keluarga, manakala komuniti setempat bertanggung jawab memastikan kesejahteraan dan keselamatan dalam kalangan jiran dan majikan pula bertanggung jawab memastikan pekerja dan operasi perniagaan mengamalkan amalan keberishan yang tinggi disamping mematuhi SOP” katanya. –TAMAT