29.1 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perbadanan Labuan bersihkan aras bawah Hotel Labuan

Pekerja lontraktor pembersihan dan anggota unit pembersihan Perbadanan Labuan membersihkan lambakan kotoran di aras bawah Hotel Labuan.

LABUAN: Perbadanan Labuan melalui Jabatan Perbadaran dengan kerjasama kontrakor pembersihan Perbadanan Labuan bergotong royong memberishkan pelbagai kotoran yang terdapat di aras bawah (basement) bangunan Hotel Labuan yang terbiar sejak operasinya ditutup pada tahun 1997.

Pengarah Jabatan Perbandaran, Perbadanan Labuan Datuk Osman Che Jusoh berkata, kerja-kerja gotong royong yang bermula seawal jam 7 pagi itu melibatkan 40 orang yang terdiri anggota unit pembersihan Perbadanan Labuan dan pekerja kontraktor pembersihan Perbadanan Labuan.

“ Kerja gotong royong berkenaan adalah sebahagian daripada aktiviti tanggung jawab sosial korporat Perbadanan Labuan dan kontraktor pembersihan Perbadanan Labuan” katanya ketika ditemui di program tersebut pada Sabtu.

Beliau berkata goyong royong tersebut bertujuan bagi memastikan bangunan tersebuthukan sahaja bebas daripada pembiakan nyamuk aedes dan binatang liar tetapi juga memastikan bangunan yang terletak ditengah tengah pusat bandar itu bersih sepanjang masa.

Di samping itu katanya, ia juga merupakan usaha untuk menanam sikap pemedulian terutamanya terhadap kebersihan di sekitar bandar disamping menjadi contoh kepada masyarakat Labuan untuk menjadikan budaya kebersihan sebagai amalan harian.

“ Kebersihan dan keindahan Labuan adalah yang jawab semua pihak|” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN