27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perancangan Pelan Pembangunan PBT setiap daerah perlu dirancang sebaik mungkin: Jonneybone

Jonneybone (enam dari kanan), Ghani (enam dari kiri), Peter (lina dari kanan) dan Jaiping (empat dari kanan) mengabadikan gambar kenangan bersama Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan.

KENINGAU: Perancangan Pelan Pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah di negeri ini perlu dirancang sebaik mungkin dengan mengambil kira faktor penjagaan alam semula jadi.

Menurut, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Dua yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Joachim Gunsalam, Jonneybone J.Kurum, ini bagi mengelak kejadian bencana alam seperti tanah runtuh ataupun kekerapan berlakunya banjir sehingga menyebabkan banyak kerugian semua pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid itu berkata, pentingnya satu pelan yang lebih komprenshif, terancang dan teratur dengan membangunkan kawasan tersebut mengikut kesesuaian dan mengambilkira pelbagai aspek untuk mengelakkan berlaku bencana alam seperti banjir dan ini juga melibatkan suatu struktur perparitan yang lebih efisyen supaya perancangan itu tidak memudaratkan kepada penduduk-penduduk kampung.

Beliau menyatakan perkara kepada media selepas merasmikan majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah perlantikan 18 orang ahli-Ahli Majlis Daerah Mabawan sesi 2023-2025 di salah sebuah hotel di sini.

Sementara itu, katanya, semua ahli PBT di negeri ini perlu terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pembayar cukai terutamanya melibatkan aspek kemudahan dan kebersihan persekitaran alam sekitar demi keselesaan orang awam.

Terdahulu berucap pada majlis ini, ADUN Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, daerah Nabawan antara daerah di negeri ini yang bakal menerima impak tinggi kesan pemindahan ibu negara indonesia ke Kalimatan.

Justeru itu, kepentingan dan peranan Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan dan semua agensi kerajaan perlu ada dalam memastikan pembangunan terutama peluang dalam meningkatkan pelbagai aktiviti kos sara hidup masyarakat.

Turut berucap pada majlis itu, Pegawai Daerah Nabawan Peter Jiton yang juga Pengerusi Majlis Daerah Nabawan.

Hadir sama Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Jaiping Minsu, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN