TERIMA KASIH..Jonathan (kiri) menerima Cemderakenangan disampaikan Ahmad Shahbirin diperhatikan Markus dan AJK yang lain.
RANAU: Peranan Ibu Bapa dan Guru amat penting dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam memajukan diri agar cemerlang dalam bidang Kurikulum, Ko-kurikulum dan Sahsiah diri.
Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, persepakatan antara guru dengan ibu bapa menerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) amat perlu kerana melalui persatuan itu menjadi ruang dan peluang kedua belah pihak untuk membincangkan program bermanfaat serta merancang aktiviti yang difikirkan sesuai untuk tujuan positif membina kehidupan masa depan pelajar agar menjadi anggota masyarakat yang berguna pada masa akan datang.
“Itu makanya, permuafakatan PIBG di sesebuah sekolah adalah wajar dipetingkatkan dan perlu agar sentiasa relevan mengikut arus dengan perkembangan pendidkan semasa negara”, jelas Jonathan ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan SMK.Matupang Jaya, di Dewan Gereja Kg.Paginatan Ranau pada Sabtu.
Jonathan menegaskan menerusi PIBG juga sebagai Platform antara guru dan ibu bapa mencari kaedah terbaik memajukan sekolah serta mencemerlangkan pelajar dalam bidang Akademik dan Sukan bukan sahaja melahirkan pelajar yang sihat malah menyerlahkan bakat dan potensi mereka agar menyinar boleh diketengahkan mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara ke peringkat lebih tinggi (antarabangsa).
Sempena Mesyuarat Agung itu yang dihadiri 122 orang ibubapa, AJK PIBG, dan guru-guru, Datuk Jonathan meluluskan peruntukan kewangan berjumlah RM5 ribu iaitu RM3 ribu untuk tabung PIBG dan RM2 ribu lagi bagi kos pembelian sebuah Perahu untuk kemudahan pelajar yang tinggal dari Kg.Lungkidau ke SMK.Matupang Jaya merentasi Sungai Liwagu.
Turut hadir dan berucap ialah, Pengetua SMK.Matupang Jaya, Ahmad Shahbirin Bin Subin (mewakili guru-guru) dan Pengerusi PIBG yang mengekalkan semula tugasnya sebagai Pengerusi PIBG mewaklili ibu bapa, Markus Bin Guntidong.
Majlis berakhir dengan acara Cabutan Hadirin Bertuah.
          Â