ADVERTISEMENTspot_img

Penyertaan Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Ranau kini dibuka

Romzie

RANAU: Pasukan atau kelab bola sepak di negeri ini khususnya di daerah Ranau dipelawa untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Parlimen P.179 Ranau di Padang A dan B Kompleks Sukan Ranau pada 9 -10 Ogos 2025.

Kejohanan Edisi kali yang ke-2 itu merupakan anjuran  Ranau Clasico dengan kerjasama Pejabat Parlimen Ranau, menawarkan hadiah pemenang Johan bakal menerima RM20,000(dua puluh ribu), Naib Johan RM13,000  (tiga belas ribu) dan RM6,000 kepada dua pasukan pemenang  bersama (tempat Ketiga).

Pengerusi Pasukan Ranau Clasico yang juga Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Romzie@Likad Muhamad (gambar) ketika ditemui memberitahu, empat pasukan  yang tersingkir  pada Suku Akhir masing-masing akan menerima RM1,000 (satu ribu) setiap satu pasukan.

“Kepada yang berminat untuk menyertai kejohanan ini, boleh menghantar borang pendaftaran pemain berserta yuran penyertaan RM2,500 sebelum atau pada 10 Julai 2025”, jelas Romzie.

Menurutnya setiap pasukan hendaklah mematuhi ‘Kouta Pemain’ iaitu mendaftar termasuk pemain berusia 50 tahun (4 di kawasan padang ), berusia 45 tahun (4 di kawasan padang) berusia 40 tahun (2 dikawasan padang) dan Penjaga Gol (Keeper) atas 40 tahun.

“Sebanyak 32 pasukan seluruh Sabah dan satu pasukan dari Kuala Lumpur dijangka akan berentap pada  kejohanan kali ini, yang akan dirasmikan Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin pada 10 Ogos”, tambah Romzie sambil memaklumkan sebarang pertanyaan  atau keterangan lanjut boleh menghubungi beliau(Romzie) menerusi HP 017-8669996.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN