29.1 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penyerahan sumbangan Ramadan kepada Masjid dan Surau, Mukim Tanah Rata, 18 April ini.

Gambar: Sapilin (kiri)

RANAU: Semua Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau sekitar Mukim Tanah Rata dan sekitar pekan di sini, dijemput ke Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan sempena  Sambutan Nuzul Al-Quran  tahun 1443/2022 di Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau pada 18 Mei bermula jam 10.00 pagi.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Pusat Khidmat Rakyat Pejabat Parlimen Ranau, Sapilin Bin Mudin memberitahu, banyak acara akan diadakan sempena program itu.

Katanya, antara acara yang akan diadakan ialah penyampaian sumbangan Ramadan melibatkan Pengerusi-Pengerusi Masjid dan Surau Kawasan MukimTanah Rata dan sekitar pekan Ranau bermula kira-kira jam 5.00 petang .

“Acara ini akan disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Kementerian Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

“Turut dijangka hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri III, Menteri  Pembangunan Perindustrian yang juga Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr.Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin bersama masyarakat Islam untuk berbuka puasa pada petang itu

“Justeru, kehadiran masyarakat Islam termasuk Pengerusi Masjid dan Surau sekitar pekan Ranau adalah amat dialu-alukan”, jelas Sapilin.

Menurutnya lagi pelbagai acara akan diadakan pada majlis tersebut yang dijangka berakhir jam 10.00 mlm termasuklah, Bacaan Tadarus Al-Quran (berjemaah) dan Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan kepada keluarga Asnaf akan disempurnakan  Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

“Program sambutan Nuzul Al-Quran itu merupakan anjuran Badan Dakwa Daerah Ranau yang di Pengerusi  Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Badan Dakwah Ranau, Jumain Bin Abdul Ghani, bersama Ketua-Ketua serta kakitangan Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan”,tambah Sapilin.

Dijangka  turut hadir ialah, ADUN (Dilantik) Datuk Amisah Yassin.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN