29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penyelanggaran jalan siap, penduduk Kg.Baru Bingkor tarik nafas lega

Beginilah keadaan jalan yang telah diselanggarakan.

KENINGAU:Penduduk Kampung Baru Bingkor merasa lega diatas siapnya penyelanggaran jalan ke tanah rizab perkuburan Kampung Baru Bingkor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) Kampung Baru Bingkor Francis Lintau yang mewakili penduduk di kampung tersebut mengucapkan setinggi tinggi terima kasih atas daya usaha   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kawasan N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin atas keprihatinan menyelenggara jalan tersebut.

Katanya, keprihatianan Pembantu Menteri Kerja Raya dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk sudah sekian lama.

Pengerusi JPKK Kampung Baru Bingkor Francis Lintau.

Menurut Francis, jalan tersebut dibina kira- kira 10 tahun lalu dan sejak dari dibina ia tidak pernah diselenggarakan.

ā€œDengan adanya ADUN  Bingkor yang baru, Datuk Robert baharulah jalan tersebut dibuat penyelenggaraanā€ jelasnya.

Penduduk amat senang hati dengan penyelenggaraan jalan tersebut.

” Kami beruntung mempunyai wakil rakyat yang sangat mengerti kesusahan rakyat dan sentiasa turun padang menemui rakyat dan melihat sendiri apa permasalahan  rakyat  di kawasan nyaā€ tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN