24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penyalurkan bekalan eletrik ke kampung-kampung perlu diberi perhatian serius pihak berwajib.

Jonathan (gambar) ketika berucap pada majlis tersebut.

0leh: SALWAH ARAMAT

RANAU: Pihak berwajib digesa agar memberi perhatian yang serius dalam menyalurkan bekalan eletrik ke kampung-kampung yang masih belum mempunyai kemudahan eletrik sehingga hari ini.

Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, Jonathan Yasin memberitahu sudah sampai masanya kawasan seperti Kg Bitoon dan seumpamanya untuk mendapat kemudahan eletrik seperti kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

“Kita mahu memberitahu warga Bitoon bahawa permohonan melalui pemimpin kampung berkaitan dengan keperluan asas seperti kemudahan elektrik akan dipanjangkan kepada kementerian berkaitan supaya ianya diberi keutamaan oleh pihak yang berkenaan,” katanya.

Jonathan memberi perhatian serius terhadap perkara ini, justeru bagi memudahkan penduduk kampung yang terkesan beliau memberi kelulusan peruntukan bagi sebuah generator kepada kampung itu sementara menunggu bekalan elektrik yang tetap dari pihak SESB.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Ranau berkata demikian semasa program Pemimpin Bersama Masyarakat yang diadakan di Kg Bitoon Ranau yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Pekan Ranau pada hari Khamis.

Jonathan (Kiri) menyampaikan sumbangan sayur segar Kundasang kepada Jhonny diperhatikan Amisah.

Dalam program itu juga, Jonathan menyampaikan sumbangan sayuran segar tanah tinggi Kundasang kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kg Bitoon, Lynna Jaudi, Ketua Kampung (KK), Jhonny Yundang dan Mantan JPKK, Kalitak Dangkas.

Sayur-sayuran tersebut disumbangkan oleh Pengerusi Persatuan Pemborong dan Peruncit Bumiputra (PPPB) Kundasang, Mariana Taliban yang dibantu dua orang Ahli Jawatankuasa PPPB, Mahat Bin Saidin dan Apridin Bin Juhadin.

Sementara itu, Penyelaras program, Jamius Kambutok@Musa berterimakasih atas keprihatinan yang disumbangkan oleh Jonathan dan berharap agar bekalan eletrik akan tiba di kampung berkenaan secepat mungkin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, yang juga Timbalan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Amisah Yassin bersama rombongan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau serta sebahagian penduduk Kg Bitoon.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN