Francis menyerahkan pelakat dan BantingĀ Kembara Komuniti Sihat Sejatera kepada Elmy sambil diperhatikan Haji Chemat (Dua dari kiri sekali) dan Azman (kanan sekali)
LABUAN: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Francis Paul berkata, situasi semasa penyakit tidak berjangkit (NCD) negara membimbangkan.
Beliau berkata, ini disebabkan pembudayaan hidup tidak sihat masyarakat yang secara langsung memberi tekanan kepada sistem Kesihatan.
āKira kira 50 peratus penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini tidak mengetahui yang mereka menghidap penyakit berkenaan.
āSelain itu, sebanyak 73 peratus kematian di negara ini adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit akibat budaya hidup yang tidak sihatā katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kembara Komuniti Sihat Sejehtera Wilayah Persekutuan Labuan sempena Bulan Malaysia Sihat Sejehtera di balai raya Kampung Patau Patau di sini pada Ahad.

Francis ketika melawat gerai pameran makananĀ yang dihasilkan oleh Komuniti Patau Patau Dua.
Francis berkata, berdasar kepada laporan Tinjuan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi tahun lalu (NHMS) mendapati 2.5 peratus orang dewasa di negara ini mengidap empat penyakit tidak berjangkit iaitu diabetes, tekanan darah tinggi kolestrol tinggi Dan obesiti.
Dalam pada itu katanya, Program Bulan Malaysia Sihat Sejehtera yang disambut setiap bulan September merupakan satu inisiatif dibawah Agenda Nasional Malaysia Sihat untuk merealisasikan hasrat kerajaan kearah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat.
āFokus utama yang dipromosikan dalam pembudayaan hidup sihat adalah hidup aktif, pemakanan Sihat dan selamat, memupuk minda Sihat, tidak merokok dan menjaga kebersihan persekitaran.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya senamrobik, pameran, saringan kesihatan, serta gerai jualan.
Program sehari itu dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) SubZon Dua Labuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Labuan.
Hadir sama, Pengerusi MPP SubZon Dua, Haji. Chemat Haji Mustapha, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan dan Ketua Kampung Patau Patau Dua, Elmy Omar.



