24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penutupan Kompleks Ujana Kewangan Labuan dilanjutkan sehingga 16 Jun 2021

Gambar: Banguan Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Penutupan Kompleks Ujana Kewangan  dilanjutkan sehingga 16 Jun 2021, namun keputusan itu  tertakluk kepada penilaian risiko serta situasi jangkitan COVID 19 semasa.

Pada 2 Jun lalu, Kompleks Ujana Kewangan setinggi 18 tingkat yang menempatkan  pejabat perbankan luar pesisir, premis perniagaan dan  pejabat pelbagai agensi kerajaan telah ditutup selama 7 hari bagi kerja-kerja pembersihan dan sanitasi berikutan  berlakunya peningkatan mendadak kes COVID19  di pulau ini.

Menurut kenyataan media Pejabat Financial Park Labuan (FPL), kompleks yang dijadualkan di buka kepada orang awam pada esok (9 Jun)  dilanjutkan lagi sehingga 16 Jun atas kepentingan kesihatan awam yang amat mendesak untuk melindungi pemilik, penyewa, kakitangan dan pengunjung serta atas dasar tanggungjawab FPL bagi bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID 19 di Wilayah Persekutuan Labuan.

Keputusan itu diambil berdasarkan nasihat dan saranan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan yang prihatin dengan  situasi semasa penularan kes COVID 19 yang masih tinggi dan belum menunjukkan tanda tanda penurunan.

Disamping itu,  FPL juga telah mengambilkira penilaian risiko oleh Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan yang menunjukkan bahawa masih terdapat risiko kebolehjangkitan yang  tinggi jika Kompleks Ujana Kewangan dibuka semula pada 9 Jun ini.

Menurut kenyataan lima peranggan itu, pihak FPL sentiasa komited dalam  memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu menangani situasi jangkitan penularan kes COVID 19 di Wilayah Persekutuan Labuan terutaman di bangunan Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Sehubugan itu, FPL telah melaksanakan empat program sanitasi berperingkat selama empat hari berturut turut di seluruh  Kompleks Ujana Kewangan  semasa tempoh penutupan dari 2 Jun hingga 8 Jun 2021.

Menurut kenyataan itu lagi, segala informasi dan langkah-langkah yang perlu berhubung dengan penutupan  Kompleks Ujana Kewangan sepertimana yang terkandung dalam siaran media bertarikh 31 Mei 2021 adalah kekal sama.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat muktahir  berkaitan  penutupan  Kompleks Ujana Kewangan boleh melayari laman web FPL di http://www.fpl.com.my/ dan laman Facebook di Financial Park Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN