30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penubuhan Majlis Veteran ATM pemangkin memanfaatkan kemudahan disediakan kerajaan.

Ahli persatuan yang hadir merakam gambar bersama Arsad(duduk dua kanan).

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.09 Tampasuk, Arsad Bistari menyifatkan penubuhan Majlis Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sabah sebagai pemangkin memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan. Beliau menegaskan demikian ketika menghadiri dan memberikan pandangan dan cadangan dalam Majlis Minum Petang bersama semua Pimpinan Tertinggi Persatuan Veteran ATM Sabah dan JHEV ATM Sabah di Kinabalu Club Annexe, Dongongan baru-baru ini.

Sempena perjumpaan itu cadangan dan ketetapan dibuat bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri Sabah iaitu, penubuhan Majlis Veteran ATM Sabah sebagai satu badan kesatuan kepada semua Persatuan Veteran ATM Sabah sebagai wakil suara kepada Kerajaan serta menjayakan program dan aktiviti yang Arsadbakal dirancang.

Menurut Arsad, apa yang penting objektif pertemuan ini telah berjaya menentukan kata sepakat untuk bergabung dalam satu suara ATM veteran bagi memperjuangkan hak hak Veteran negeri Sabah melalui satu saluran yang rasmi iaitu dengan tertubuhnya Majlis Veteran ATM Sabah. Arsad yang telah mencadangkan Majlis ini kelak akan memudahkan suara veteran disampaikan kepada Kerajaan dengan menggunakan satu nama khas.

Ketetapan juga dibuat Pengarah JHEV Negeri Sabah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Veteran ATM Sabah dan Lt Kdr Suzley Izuddyin Shukor (B) sebagai Timbalan Pengerusi sebelum satu mesyuarat khas penubuhan rasmi diadakan secepat mungkin.

Sokongan YB Arsad dalam menjayakan majlis ini adalah amat dihargai dan semoga dengan tertubuhnya Majlis Veteran ATM Sabah ini akan mengubah landskap perjuangan veteran kita di Negeri Sabah.”, jelasnya.

Turut hadir Abd Masik Kabbul, Presiden PVKMS, YDP PVATM, YDP PVTLDM, Timb YDP PVATTBM, Pengerusi PTTBM, Presiden KESVATS dan Pengerusi PVRSDCS.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN