22.9 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 20, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PENJAWAT AWAM RUGI RM13,000 DIPERDAYA INDIVIDU MENYAMAR POLIS

Gambar hiasan


RANAU: Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM13,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai Pegawai Polis dan Kementerian Komunikasi dan Digital.


Mangsa berusia lingkungan 30-an menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang mendakwa dari Kementerian Komunikasi dan Digital, pada 27 Mei lalu.


Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin bin Mahmud berkata, pemanggil memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa terbabit dalam penyebaran mesej palsu berkaitan pelaburan, tawaran kerja dan perjudian.


Katanya, panggilan kemudian disambungkan kepada individu lain yang kononnya Pegawai Polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.


“Pada 29 Mei, mangsa diarah untuk memindahkan wang sebanyak RM13,000 ke dalam akaun atas nama Muhammad Azlan kononnya bagi tujuan ‘perlindungan akaun’.


“Mangsa turut diarah untuk menghantar gambar dan maklumat peribadi setiap tiga jam sebagai ‘laporan diri’,” katanya ketika dihubungi, pada Khamis.


Menurutnya, mangsa menyedari dirinya ditipu kemudian membuat laporan di Balai Polis Ranau, semalam.


“Kes kini dalam siasatan Polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


“Orang ramai dinasihatkan supaya jangan panik jika menerima panggilan daripada individu yang mengalu sebagai Pegawai Polis atau mana-mana agensi kerajaan,” katanya.


Katanya lagi, orang ramai diingatkan jangan dedahkan maklumat peribadi, nombor akaun bank, gambar kad pengenalan atau melakukan sebarang transaksi kewangan atas arahan melakukan telefon.


“Langkah yang perlu dilakukan iaitu semak kesahihan panggilan dengan segara melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Balai Polis berhampiran.


“Sama-sama kita tingkatkan kesedaran dan lindungi komuniti daripada menjadi mangsa sindiket penipuan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN