26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penjawat awam mengaku tidak bersalah tampar pemandu wanita

Tertuduh setibanya di perkarangan Bangunan Mahkamah Majistret Labuan.

LABUAN: Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Makahmah Majistret Labuan pada Isnin atas pertuduhan menampar seorang pemandu wanita di tepi jalan Tun Mustapha pada 21 Mac lalu.

Tertuduh , 40 tahun yang juga seorang penjawat awam membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan majistret Kasyufuahman Abang Ahmad.

Menurut pendakwa, kejadian dikatakan berpunca terutuduh dikatakan memandu kereta secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Mangsa mendakwa terpaksa menekan brek secara mengejut yang mengakibatkan pertengkaran sehingga tertuduh bertindak menampar pipi sebelah kiri wanita berusia 28 tahun itu.

Kejadian tersebut telah tular di media sosial dan laporan polis telah dibuat pada 22 Mac lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya sekali.

Kes pendakwaan di dibacakan oleh Pegawai Pendakwa ASP Francisca Dulait.

Sementara itu , teruduh dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1, 000 dengan dua orang penjamin.

Kes akan dibaca semula pada 9 Jun 2025.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN