Sebahagian penjaja yang dapat bantuan barang makan daripada ADUN Bingkor
KENINGAU:Seramai 13 orang penjaja sayur dan pelbagai barang keperluan harian Sri Tanjung Kampung Binaong yang terjejas pendapatan disebabkan pelaksanaan PKPB berikutan penularan pandemik COVID-19 mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik.
Menurut Ketua Kampung Binaong Marukip Itah yang juga Penesihat Penjaja Sri Tanjung, para penjaja yang terlibat masing-masing menerima bantuan barang makanan yang disumbangkan oleh Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

“Dengan adanya bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penjaja yang terjejas pendapatan kerana tidak dapat menjalankan perniagaan. Saya bagi pihak penjaja merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ADUN Bingkor atas keprihatinannya” kata Marukip kepada Borneo Daily Bulletin di sini hari ini.
Sementara itu Ketua Penjaja Sri Tanjung Puan Fatimah Linggi turut merakam jutaan terima kasih kepada Robert atas bantuan yang diberikan.
Selain bantuan barang makan kata Fatimah, ADUN Bingkor itu juga telah menghulurkan bantuan bebarapa trip batu untuk menimbus kawasan tapak perniagaan penjaja.
“Dengan tertimbusnya tapak tersebut dengan ia akan memberikan keselesaan kepada penjaja itu apabila memulakan perniagaan nanti” jelas Fatimah.
Tambah Fataimah, mereka merasa bangga dan lega di atas keperihatinan ADUN Bingkor menyelasaikan masalah khususnya penjaja di Sri Tanjung Kampung Binaong.



