22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Peniaga Menu Rahmah ditawarkan  tapak Bazar  Ramadan  percuma-PL

MENU RAHMAH….. Rithuan (tiga kiri) bersama, Fadzilah (dua kiri),  Junaidah (tiga kanan) serta Helmi (dua kanan)  ketika meninjau Menu Rahmah di Resturan Deen Ujana Kewangan, pada Isnin

 LABUAN:  Peniaga Program  Menu Rahmah  bakal diberikan tawaran  tapak  jualan Bazar  Ramadan secara percuma oleh Perbadanan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata,   usaha itu antara lain  bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai peniaga  menyahut seruan kerajaan dalam  menjayakan  Program Menu Rahmah  bagi membantu masyarakat Labuan terutamanya  kepada golongan  yang kurang berkemampuan.

Rithuan berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjuan  pelaksanaan Program Menu Rahmah di beberapa premis makanan sekitar bandar Labuan, tengah hari tadi (Isnin).

 Hadir sama,  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud,  Pengarah Pejabat Kementerian Perdagagan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Junaidah Arbain dan Pengarah Jabatan Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan, Helmi Bali.

Rithuan berkata,  sehingga kini  seramai 26 peniaga makanan   telah menyertai program tersebut dan jumlah itu  akan  meningkat.

“Jika ada peniaga lain yang ingin menyertai  program Menu Rahmah  di Bazar Ramadan, kita akan  senaraikan mereka dalam tawaran tapak bazar Ramadan  percuma”, katanya.

Sementara itu, salah seorang pengusaha gerai makan di Food Court Ujana Kewangan,  Wahyudin Empilin Nuga, 29 berkata mereka menyertai program itu untuk menyahut seruan kerajaan membantu masyarakat kurang berpendapatan dapat  membeli makanan  dengan harga yang lebih rendah.

“Kita akan teruskan penjualan Menu Rahmah ini semasa bulan Ramadan nanti sebagai tanda sokongan kami kepada kerajaan untuk membantu  golongan berpendapatan rendah.

Selain itu kami juga ingin berkongsi amal jariah sepanjang bulan Ramadan nanti” katanya.

Untuk rekod Menu Rahmah yang  dilancarkan  oleh KPDN pada 31 Januari lalu membantu keperluan makanan harian dan meringankan beban bagi golongan berpendapatan rendah.

Melalui inisiatif itu, pelanggan boleh membeli makanan pada harga RM5 terdiri daripada nasi, ayam atau ikan dan sayur-sayuran dengan air kosong.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN