31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peniaga Bazar Ramadan diingatkan patuhi tahap kebersihan 

Antara pengusaha tapak Bazar Ramadan yang menghadiri taklimat tersebut merakam gambar bersama Juelber, Herry, Sahidin dan Nur.

RANAU: Para penjaja dan pengusaha perniagaan di tapak Bazar Ramadan dinasihatkan agar mematuhi  tahap kebersihan diri dan tapak bazar masing-masing.

Para penjaja bukan sahaja perlu menjaga lebersihan tapak perniagaan malah kebersihan diri dan bahan jualan terutama jenis makanan yang di masak hendaklah bersih bagi mengelak sebarang jangkitan penyakit yang disebabkan makanan yang tercemar.

Demikian antara ingatan kepada para penjaja yang bakal membuka gerai perniagan makanan di tapak Bazar Ramadan pekan Ranau pada sesi takimat Bazar Ramadan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Ranau (MDR) pada Jumaat.

Taklimat disampaikan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan daerah Ranau, Herry George di Pengerusikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (MDR), Juelber Bin Albert.

Menurut Herry, setiap pengusaha jualan (yang dimasak) hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan termasuk mendapatkan suntikan veksin ‘Typoid’ bagi mengelakan sebarang jangkitan kuman atau keracunan makanan.

“Para peniaga makanan yang dimasak juga hendaklah berkuku pendek dan bersih, mengenakan epron, berkasut, bersarung tangan dan menutup kepala bagi mengelakan  berlaku sebarang pencemaran”, tambah  Herry.

Sementara Juelber pula menegaskan pematuhan kebersihan makanan adalah penting demi kebaikan dan kesihatan semua pihak.

“Tahun ini kita mau capai keselesaan semua orang dan ungkapan ‘menang-menang’ kita ubah kepada situasi ‘Gembira-Gembira’ bermaksud semua orang gembira sama ada penjual mahupun pelanggan(pembeli)”, jelas Juelber, sambil memaklumkan ada tiga kawsan atau lokasi Bazar Ramadan akan di sediakan pada tahun ini iaitu, Pekan Ranau, Pekan Kundasang dan tapak Tamu Bulanan Ranau (berhampiran sungai Lewagu).

Turut menyampaikan taklimat ialah, Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDN Tuaran, Nur Muhariana Binti Ijmaen manakala hadir bersama lebih 50 orang penjaja Bazar ialah Pengerusi JKDB pekan Kundasang, Sahidin Bin Suhaimin.

Taklimat berakhir dengan Cabutan Undi tapak Bazar Ramadan dan sesi bergambar ramai.

             

       
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN