30.6 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Peniaga Bazar gembira disantuni ADUN Bingkor

Robert semasa menyantuni warga peniaga sambil membeli dan bersedekah di Bazar Pekan Bingkor.

KENINGAU:Warga peniaga di Bazar Pekan Bingkor gembira apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyantuni mereka pada Sabtu.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya bukan sahaja menyantuni warga peniaga di Bazar itu tetapi turut membeli sayur-sayuran dan kuih muih berbuka puasa yang kemudiannya diagih-agihkan kepada pengunjung-pengunjung bagi tujuan bersedekah.

Ini sekali sekaligus menjadikan jualan para peniaga laris dan para pengunjung pula gembira mendapat buah tangan daripada wakil rakyar Bingkor itu.

Para peniaga dan pengunjung di Bazar itu terharu dan berterima kasih kepada Robert di atas sedekahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN