25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PENGUSAHA SAMBUT BAIK USAHA KERAJAAN NEGERI KOMERSIALKAN TANAMAN AVOCADO

BAKA..Jamawi (tengah) bersama isteri (kiri) menunjukan hasil buah Avacoda yang dihasilkan di ladang milik beliau sendiri .

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Mejoriti penguasaha tanaman Avocado di negeri ini menyambut baik usaha kerajaan Negeri yang memperuntukan seluas 8,000 ekar tanah di perantaraan daerah Tenom dan Sipitang bagi tujuan penanaman Avacadi secara komersial .

Bekas Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar yang terlibat secara aktif dalam penanaman Avacado berkata, kesungguhan kerajaan negeri dengan slongan Sabah Maju Jaya melihat industri pertanian terutamanya dalam tanaman Avacado sebagai salah satu sumber ekonomi yang boleh dimajukan bagi meningkatkan taraf siso ekonomi negeri dan rakyat.

“ Pada tahun 2019 kita masih mengimpot lebih kurang 100 juta buah Avacado dari luar negara ,ini menunjukan bekalan buah Avacado kita belum dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan “ katanya ketika di temui di sini sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor baru baru ini yang kerajaan negeri akan memperuntukan seluas 8,000 ekar tanah di perantaraan daerah Tenom dan Sipitang untuk tujuan penannaman Avacoda secara komresial.

Menurut Hajiji usaha tersebut merupakan tindakan kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi khususnya dalam bidang pertanian sejajar dengan aspirasi Hallatuju Sabah Maju Jaya (SMJ)

Dalam pada itu Jamawi yang juga bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diberikan amanah untuk mengusahakan projek tersebut diharapkan dapat melaksanakan sebaiknya terutamanya dalam bidang kepakaran teknologi ,pemilihan varieti tanaman dan pengurusan ladang,

Menurut beliau, Persatuan Penanam Durian dan Buah-buahan Tropika negeri Sabah (MASDA) dimana beliau sendiri menjadi ahli seumur hidup persatuan tersebut bersedia menghulurkan bantuan dan kerjasama dengan kerajaan negeri atau GLC yang diamanahkan untuk melaksanakan projek tersebut.

“ Persatuan ini mempunyai pengalaman dan tenaga pakar yang berpengalaman dalam industri ini sedia memberikan bantuan serta kerjasama untuk membangunakan projek ini “ katanya.

Jamawi menambah kerjasama menang-menang ini akan memastikan projek tanaman seluas 8,000 ekar itu kelak akan memberikan manafaat kepada kerajaan dan pekebun-pekebun kecil di luar bandar.

Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga berharap kerajaan khsusnya Jabatan Pertanian dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil penamanan Avacoda khususnya di luar bandar dengan memberikan khidmat latihan, bantuan baja racun dan pemasaran.

“ Kita yakin industri pertanian khususnya penamaman Avocado mempunyai prospek jangka panjang untuk menjana ekonomi rakyat khususnya di luar bandar selain mempenuhi permintaannya, harga di pasaran buah avacado juga cukup tinggi” tambah Jamawi

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN