27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengusaha bas, teksi dan bas sekolah terima bakul makanan

BAKUL MAKANAN….. Rozman (tengah) ketika menyerahkan bantuan bakul makanan kepada Asmadi (kanan) dan wakil Persatuan Bas Sekolah di perkarangan kediaman rasmi Rozman di Jalan Tanjung Bendera, pada Ahad.

LABUAN: Seramai 121 ahli Persatuan Pemilik Bas Wilayah Persekutuan Labuan menerima bakul makanan    di bawah program Bakul Makanan Tambahan   Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Turut menerima bantuan yang sama ialah 78 ahli Persatuan Teksi Labuan dan 10  ahli Persatuan Bas Sekolah.

Penyerahan Bakul Makanan  kepada  tiga persatuan itu telah   disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang diadakan di perkarangan kediamannya di Jalan Tanjung Bendera di sini, pada Ahad.

Persatuan Pemilik Bas Labuan diwakili oleh Pengerusinya, Asmadi Haji Ahmad, manakala Persatuan Teksi Labuan diwakili oleh Pengerusinya, Haji Ismail Abdul Rahman.

Program Bakul Makanan Tambahan   di bawah Pakej Perlindungan  Rakyat dan  Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) merupakan program   bantuan  Bakul  Makanan yang sedia ada bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan sepanjang PKP dilaksanakan susulan  pendemik COVID 19 melanda negara.

Untuk rekod Program PEMULIH dilancarkan oleh Perdana Menteri  pada 28 Jun lalu telah  memperuntukan  sebanyak RM300,000  untuk diberikan  kepada setiap Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pembangkang bagi memastikan  pelaksanaan Bakul Makanan tambahan  ini lebih terangkum dan efektif  kepada kumpulan  sasar di seluruh negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemilik  Bas Labuan, Asmadi Haji Ahmad  menzahirkan rasa syukur dan terima kasih  kepada kerajaan kerana prihatin dengan nasib pemilik bas yang terkesan akibat pendemik COVID 19.

“Dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban pemilik bas yang terkesan sejak  pelaksanaan PKP 1.0 tahun lalu” katanya.

SERAH… Rozman (empat kanan) menyerahkan bakul makanan kepada Haji Ismail (dua kiri), pada Sabtu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN