27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor adakan Program Ziarah Kasih

Yazid (bersongkok) menyampaikan buah tangan kepada Haji Karim, turut kelihatan Datin Doris (lima dari kanan).

KENINGAU: Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor mengadakan Program Ziarah Kasih kepada Hj Abd Karim Ismail di Kampung Bingkor Baru.

Rombongan seramai lapan orang diketuai oleh Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Turut serta dalam ziarah itu ialah isteri ADUN N.40 Bingkor Merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datin Doris Jopirit dan Ketua Biro Kebajikan Dani Richard.

Sempana Ziarah itu Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menyampaikan buah tangan kepada Hj Abd Karim yang diserahkan oleh Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Hj Yazid.

Datin Doris juga menyampaikan sumbangan kewangan kepada Hj Abd Karim.

Menurut Timbalan Pengerusi Masjid Kamaruddin Said, Program Zairah Kasih itu adalah tujuan menziarahi warga emas dan juga yang menghidap penyakit.

Katanya, program ini juga ialah untuk merapatkan tali silaturahim yang ujud sejak sekian lamanya.

Kamaruddin menjelaskan program ini akan diteruskan sepanjang tahun ini di mana pada bulan Februari lepas ziarah seumpama ini telah dimulakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN