34 C
Kota Kinabalu
Selasa, April 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penglibatan kaum lain dalam Tarian Singa, landasan perpaduan. 

Oleh: SALWAH ARAMAT

RANAU : Tarian Singa dipersembahkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina selain sambutan istimewa mengikut tradisi masyarakat Cina.

Tarian ini yang dahulunya hanya dikuasai suku kaum Tionghua (Cina), tapi kini, kemahiran tarian itu turut dikongsi bersama kaum bumiputera lain khusunya di Sabah.


Salah satu persembahan Tarian Singa dari Lion Club SMK Ranau.

“Perkembangan sihat ini juga turut dibudayakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Ranau , sekali-gus menunjukkan semangat harmoni,” kata salah seorang guru sekolah itu , Cikgu Rohani Datuk Maynoor.


Menurut Rohani yang juga guru pembimbing tarian SMK Ranau, perkembangan itu juga sedikit sebanyak memenuhi hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.


Rohani Mynoor

Ronani mengambil contoh, Kelab Tarian Singa (Lion Dance Club) di SMK Ranau, majoriti ahli dan penarinya terdiri dariapa pelajar dari suku kaum KadazanDusunMurut (KDM).

Sebahagian ahli Lion Club Ranau merakam gambar selepas mengadakan persembahan.

“Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2016, dengan bilangan  ahli seramai 21 orang, diketuai  seorang pelajar Tingkatan 6, adik Gerield Johnson.

“Sejak penubuhannya, kelab ini sering mendapat undangan untuk membuat persembahan di peringkat daerah termasuk acara sambutan tetamu kenamaan di peringkat sekolah,” katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.

Rohani turut merakam penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan PIBG SMK Ranau serta individu lain kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan  termasuk sumbangan kewangan serta tajaan untuk keperluan kelab. –T A M A T-




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN