Oleh: SALWAH ARAMAT
RANAU : Tarian Singa dipersembahkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina selain sambutan istimewa mengikut tradisi masyarakat Cina.
Tarian ini yang dahulunya hanya dikuasai suku kaum Tionghua (Cina), tapi kini, kemahiran tarian itu turut dikongsi bersama kaum bumiputera lain khusunya di Sabah.

“Perkembangan sihat ini juga turut dibudayakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau , sekali-gus menunjukkan semangat harmoni,” kata salah seorang guru sekolah itu , Cikgu Rohani Datuk Maynoor.
Menurut Rohani yang juga guru pembimbing tarian SMK Ranau, perkembangan itu juga sedikit sebanyak memenuhi hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Ronani mengambil contoh, Kelab Tarian Singa (Lion Dance Club) di SMK Ranau, majoriti ahli dan penarinya terdiri dariapa pelajar dari suku kaum KadazanDusunMurut (KDM).

“Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2016, dengan bilangan ahli seramai 21 orang, diketuai seorang pelajar Tingkatan 6, adik Gerield Johnson.
“Sejak penubuhannya, kelab ini sering mendapat undangan untuk membuat persembahan di peringkat daerah termasuk acara sambutan tetamu kenamaan di peringkat sekolah,” katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.
Rohani turut merakam penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan PIBG SMK Ranau serta individu lain kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan termasuk sumbangan kewangan serta tajaan untuk keperluan kelab. –T A M A T-