33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM DIRAI DALAM PROGRAM ZIARAH KASIH MEDIA (KJA)

Oleh: Francis Andin

Marutin menyampaikan sumbangan bagi pihak Media kepada pengurusan RAY Tambunan disaksikan AJK Tertinggi KJA.

TAMBUNAN:Lebih 100 penghuni Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan terdiri pelajar dan kakitangan pusat jagaan itu di raikan dalam Majlis Berbuka Puasa, sempena program Ziarah Kasih Persatuan Wartawan Keningau (KJA) dengan kerjsama Pejabat Penerangan Daerah dekat sini.

Presiden KJA Marutin Ansiung berkata program tersebut salah satu pengisian aktiviti amal kemasyarakatan tahunan media dan tahun ini memilih Rumah Anak Yatim daerah ini sebagai lokasi, sempena bulan Ramadhan dan perayaan hari raya yang menjelang tiba kelak.

“ Program ini adalah antara salah satu aktiviti media dalam mendekati masyarakat, sesuai dengan misi dan visi KJA untuk menjalinkan kerjasama erat dengan agensi kerajaan dan swasta serta awam dalam memartabatkan lagi profesion kewartawanan selain memupuk jalinan kasih sesama selaras dengan kerajaan Malaysia Madani hari ini”katanya.

Dalam program itu, selain berbuka puasa bersama , KJA serta Pejabat Penerangan Daerah Tambunan menyampaikan sumbangan berupa sejadah, beras dan wang tunai. Turut menyampaikan sumbangan 50 kampit Beras dan bungkusan bahan makanan daripada Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam yang disampaikan wakilnya Jaurin Madasin.

Sebahagian pengamal media bersama sebahagian kakitangan pusat RAY Tambunan.

Dalam pada itu, Penyelia Asrama , Hajah Nulin Intang ketika berucap mewakili pihak pengurusan RAY merakamkan penghargaan atas usaha semua pihak yang prihatin terhadap pihak RAY terutama meraikan anak-anak yang tinggal di pusat itu, terutama menjelang musim perayaan.

“ Kami sangat bersyukur dan gembira bagi pihak pengurusan dan anak-anak penghuni di RAY ini sangat terharu kerana tahun ini kami menerima begitu ramai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan juga Alumnai RAY ini datang disini, termasuk berbuka puasa juga memberikan sumbangan kasih mereka”katanya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan daerah Tambunan James Kunjan berkata program bersama itu amat bertepatan dengan suasana menjelang hari raya selain menyampaikan sokongan kepada pusat itu yang juga antara pusat yang berjaya mengeluarkan modal insan yang berjaya sejak ditubuhkan.
“ Sebagai pusat info maklumat rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan, kita sentiasa bekerjsama dengan semua agensi atau pertubuhan dalam pelbagai program, terutamanya berkaitan bidang Media ”katanya.

Turut hadir Timbalan Persdien Dr Pranchis Andin, Pengamal Media DJ Hector Zaimit, DJ Sharon Caroline Ernest, JuruKamera RTM Herry Kunjan, Ketua Biro Sukan KJA Ramian Kuling.-Ends

Program dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati seterusnya berbuka puasa.-Ends.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN