ADVERTISEMENTspot_img

Penghawa dingin 2HP untuk SMK Keningau 2, tingkat keselesaan guru

SERAH: Saldivilla (dua kanan) mewakili Dr Jeffrey menyerahkan sumbangan satu unit penghawa dingin kepada Pengetua SMK Keningau 2, Haji Ahamud (dua kiri) sambil diperhatikan oleh 8Pegawai Tadbir Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau, 8Betty Abbie (kanan) dan Ketua Bahagian. STAR Liawan, Johari Pongod.

KENINGAU: Ahli Parlimen P.180 Keningau merangkap ADUN N.39 Tambunan serta Pengerusi Sabah Agricultural Marketing Authority (SAMA), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan menyumbangkan sebuah set penghawa dingin berkuasa 2HP kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau 2, di sini.

Sumbangan itu bertujuan meningkatkan keselesaan bilik pentadbiran guru sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dalam kalangan warga pendidik.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Khas P.180 Keningau dan ADUN N.39 Tambunan, Saldivilla Wences, yang mewakili Dr Jeffrey.

Pengetua SMK Keningau 2, Haji Ahamud Haji Saribin, menerima sumbangan berkenaan dan merakamkan penghargaan serta terima kasih atas inisiatif tersebut.

Langkah itu mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan setempat dalam menyokong pembangunan sektor pendidikan dan kebajikan komuniti di Parlimen P.180 Keningau.

Dalam dunia pendidikan, perubahan besar sering bermula daripada sumbangan yang kecil—kerana keselesaan seorang guru hari ini adalah pelaburan kepada masa depan generasi esok.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN