30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengguna diminta Hlberhati-hati ketika melalui jalan Kg.Badukan

Jalan konkrit yang boleh runtuh pada bila-bila masa jika tiada tindakan drastik diambil segera

RANAU: Penduduk kampung khususnya pemandu kenderaan di Kg Badukan Ranau dinasihatkan lebih berhati-hati apabila melalui jalan konkrit yang kini terjejas akibat hakisan tanah dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

Keadaan bertambah buruk sejak musim hujan yang berterusan di seluruh negeri sejak akhir-akhir ini di mana air yang mengalir dari lereng bukit menyebabkan struktur tanah menjadi lemah.

Ketua Jabatan Kerja Raya Ranau, Alvonna Farhanah Jammy ketika dihubungi berkata, jalan di Kg Badukan, kira-kira 5 kilometer dari Pekan Ranau, terletak berhampiran Kg Kigiok dan Kg Sumaang bukan di bawah bidang kuasa JKR Ranau.

Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani telah mengesahkan jalan kampung itu di bawah jagaan Pejabat Daerah, dan kakitangan jabatan itu telah membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.

“Papan tanda amaran sudah diletakkan di kawasan terbabit dan kita minta penduduk berhati-hati ketika melalui jalan itu. Kita harap keadaan tidak bertambah buruk.

“Turapan konkrit ini dibuat tahun lalu menggunakan peruntukan Ahli Parlimen, Datuk Jonathan Yasin. Susulan insiden terbaru ini, kita tiada pilihan selain memohon kerja-kerja pembaikan di kawasan terbabit,” katanya.

Menurut Jumain, Pejabat Daerah Ranau telah melakukan pemeriksaan teknikal di kawasan terbabit dan akan meneruskan langkah seterusnya.

Sebelum ini, netizen telah menyiarkan tentang kejadian itu secara dalam talian melalui media sosial, menggesa tindakan daripada pihak berkuasa yang berkaitan sebelum keseluruhan jalan runtuh dan memutuskan komunikasi jalan raya kepada kira-kira ratusan pengguna.

    
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN