OLEH: JAINUDDIN NASIR
RANAU: Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital (LPH) Daerah ini, Benedict Gunda, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang berupa makanan dan minuman ringan kepada para petugas barisan hadapan (Frontliners) bagi mengekang penularan Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang.
Menurut Benedict, sumbangan ikhlas daripada para penderma amat dialu-ukan bagi meringankan beban mereka yang sedang bertungkus lumus menjalan tugas mengawal penularan wabak itu.
“Sumbangan para para penderma amat kita alu-alukan dan terima Kasi banyak-banyak”, jelas Benedict mewakili Jawatankuasa LPH Ranau menerima sumbangan berupa minuman ringan dan makanan tengah hari untuk para petugas Hospital Ranau termasuk para
Anggota Rela yang turut bertugas sekitar hospital berkenaan.
Benedict turut mengharapkan kepada syarikat syarikat atau ahli peniagaan yang lain supaya mencontoi komitmen Sabindo Supermarket Ranau yang menyampaikn sumbangan kepada LPH Ranau untuk disalurkan kepada mereka yang terlibat bertugas di hospital berkenaan. –TAMAT–