30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengerusi JPKK berperanan penting menyebarkan maklumat kepada masyarakat: Robert

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Samad Jambri menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta disaksikan oleh Datuk Robert (dua dari kanan). Turut kelihatan Pegawai Daerah Keningau Neldin Gimbang (dua dari kiri).

KENINGAU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) berperanan penting menyebarkan maklumat kepada masyarakat setempat dibawah jagaan masing-masing.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata demikian sebagai saranan kepada seramai 50 orang peserta terdiri  dikalangan Pengerusi Pengerusi JPKK yang terpilih daripada empat DUN iaitu Bingkor, Liawan , Sook dan Tulid menghadiri kursus Pengurusan Sisa Pepajal dan Kelestarin Alam Alam Sekitar Luar Bandar  Bagi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK  )  Tahun 2023 bagi Daerah Keningau Dan Daerah Kecil Sook di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor bercakap kepada media semasa menghadiri majlis penutupan kursus itu yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Samad Jambri @ Jamri.

Hadir sama Pegawai Daerah Keningau Neldin Gimbang, ketua-ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Katanya, para peserta yang terpilih mengikuti kursus itu amat bertuah sekali kerana beberapa agensi yang terlibat dalam program tersebut.

Agensi yang  terlibat dalam program tersebut terdiri daripada Pejabat Daerah Keningau, Majlis Daerah Keningau, Insstitut Kemajuan Desa ( INFRA ),
Jabatan Alam Sekitar Persekutuan,
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah ( JPS ) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Pada masa sama Robert mengucapkan tahniah kepada Pengerusi pengerusi JPKK yang terpilih mengikuti kursus tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN