32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengembara masuk Labuan dikenakan saringan RT-PCR dan kuarantin 14 hari bermula 27 Mei.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Individu atau pengembara yang memasuki Wilayah Persekutuan Labuan akan dikenakan sekatan tambahan iaitu kuarantin  10 hingga 14 hari  dan perlu menjalani saringan RT-PCR  tiga hari sebelum memasuki Labuan.

Menteri Kanan Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, sekatan tambahan itu berkuatkuasa bermula pada 27 Mei hingga 9 Jun 2021 susulan peningkatan kes COVID 19 di pulau bebas cukai itu.

“Kerajaan bersetuju mengenakan beberapa sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Labuan bermula 27 Mei hingga 9 Jun susulan peningkatan kes Covid-19 di pulau itu.

“Pengembara atau individu yang memasuki Labuan akan dikenakan sekatan tambahan  iaitu perlu menjalani kuarantin 10 hari  di rumah bagi penduduk asal Labuan, kuarantin 10 hari dirumah atau dihotel untuk penjawat awam yang bertugas di Labuan  dan kuarantin 14 hari di hotel bagi penjawat asing dari luar negara serta  wajib menjalani ujian saringan RT-PCR tiga hari sebelum memasuki Labuan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada sidang media  perkembangan harian pelaksanaan PKP, pada Selasa.

Sementara itu katanya, bagi pengguna kad harian transporters yang memasuki Labuan diwajibkan mengambil ujian PCR setiap dua minggu dan wajib menjalani ujian RTK antigen setiap minggu.

“Aktiviti sign on atau off perkapalan  ditangguhkan, Sign off dibenarkan dengan 14 hari kuarantin dan wajib menjalani satu ujian RT PCR.

“Kapal Kumpit ditangguhkan buat sementara waktu,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain  kes positif baharu bagi Wilayah Persekutuan Labuan pada Selasa menurun kepada 63 kes berbanding 171 kes pada Isnin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN