Gambar: Prof Ts. Dr. Shamsul Bahari (kiri) menerima kunjungan hormat Dato’ Mohd Sakeri.
LABUAN: Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin menerima kunjungan hormat Presiden Perbadanan Putrajaya, Dato’ Mohd Sakeri Abdul Kadir di Pejabatnya, Manara UMSKAL di sini pada Isnin.
Dalam pertemuan itu, .Dr. Shamsul Bahari mengucapkan tahniah atas pelantikan Dato’ Mohd Sakeri sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baharu.
Beliau berharap semoga kepimpinan Dato’ Mohd Sakeri terus membawa kecemerlangan, memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memacu pembangunan Putrajaya sebagai bandar raya yang berdaya huni, berdaya saing dan berdaya maju.
“Semoga pelantikan ini membawa kecemerlangan dan kemajuan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memacu agenda pembangunan negara,”katanya ketika menerima kunjungan hormat berkenaan.
Dr. Shamsul Bahari juga berharap kedua-dua pihak dapat bekerjasama mengadakan pelbagai program bagi manfaat warga UMSKAL khususnya mahasiswa.
Sementara itu, Dato’ Mohd Sakeri yang teruja melihat keindahan pemandangan UMSKAL dan bandar Wilayah Persekutuan Labuan dari Aras 13 serta berpeluang meninjau Balai Cerapan Anak Bulan WP Labuan yang juga terletak di Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL.



