24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penganut Taoist di Labuan raikan perayaan Sembilan Maharaja Dewa

BERARAK…Wong (kanan) dan Goh menyertai perarakan bersama penganut Taoist  dari Tokong Feng Huang Shan Ba Miao ke pusat bandar bersama penganut Buddha yang lain.
 

LABUAN: Lebih 2,000 penganut Taoist (Buddha) dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan berkumpul di Tokong Feng Huan Shan Ba Xian Miao  Jalan Kinabenua di sini  untuk meraikan  Sambutan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa (Nine Emperior Gods).

Perayaan yang turut melibatkan perarakan kenderaan berhias sejauh Lima kilometer itu diketuai oleh Pengerusi Persatuan Pengurusan Tokong Feng Huan Shan Ba Miao Datuk Wong Kii Yii.

Hadir bersama, Pengerusi Eksekutif Syarikat Globaltic Sdn.Bhd.Tan Sri Panglima Dr. Goh Tian Chuan.

Wong berkata perayaan yang diadakan setiap tahun bukan sahaja disambut oleh penganut Buddha (Taoist), tetapi juga turut menykasikan kehadiran pelancong dari luar untuk melihat keunikan upacara agama berkenaan.

Sementara itu, perarakan yang melibatkan kereta berhias serta membawa kerusi tandu yang menurut  kepercayaan penganut menjadi kenderaan para Dewa.

Wong berkata, perarakan sejauhl lima kilometer itu bermula dari Tokong Feng Huan Shan Miao menyusuri beberapa Jalan Persekutuan  membabitkan Jalan Arshad Batu Arang, Jalan Tun Mustapha dan  Jalan OKK Abdullah, Dataran Labuan dan  seterusnya ke pusat bandar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN